25/9/2016 - MUP menyertai Gegar Juara Kugiran: Battle Of The Band anjuran Pejabat Daerah Sebauh bersempena sambutan ulang tahun Sebauh menjadi daerah, bertempat di Balai Raya Sebauh. Rasanya ini kali pertama MUP beraksi di luar Bintulu.
X-11 Azrol bermasalah, pinjam Mirage aku. |
Disertai oleh sembilan buah kumpulan yang separuh daripadanya adalah rakan-rakan seperjuangan dari Bintulu juga - Nawaitu, NV Unity, Natas dan Pro-X.
Cuma agak kurang puas hati sebab banyak masa terbuang mendengar taklimat panjang lebar syarat-syarat BOTB dan menunggu seorang juri yang lambat datang (alasan artis AF?). Acara hanya bermula sekitar pukul 10.00 pagi, padahal masa yang terbuang tadi sebenarnya boleh diisi dengan sessi soundcheck penuh untuk setiap band yang kebanyakannya sudah datang sejak pukul 8.00 pagi lagi.
Bloggers Bintulu. |
- Seperti biasa perlu banyak praktis, praktis dan praktis.
- Kurang penguasaan pentas, perlu praktis gimik pentas macam Janick Gers.
- Sekali-sekala perlu ambil tindakan tatatertib pada ahli yang bermasalah.
- Tiga gitaris agak "overkill" untuk BOTB, terutamanya jika main chords yang sama, lebih baik kalau aku gantung gitar dan fokus pada vokal dan bermain tamborin sahaja.
- Nak tuntut "bragging rights" untuk soundcheck sampai puas hati jika ada BOTB lain.
Photo credits: Fatarizt BRRU/Pro-X
_____
Ada apa: #54321mula
8 komen:
cantik foto2 nye. bermacam cerita dari foto2 ini
Bloggers bintulu (3 amigos)
ijau yang pakai gitar ijau hehe
Kacak bergaya semuanya bila atas stage..
huhu tindakan tatatertib...
huhu tindakan tatatertib...
adi, aku masih lagi demokratik, belum keluarkan kuasa veto
Juri karaoke ka?
Post a Comment