Album yang memperkenalkan "semula" aku kepada Trivium. Walaupun sebelumnya aku pernah dengar nama Trivium dan Matt Heafy (MKH) menerusi album Roadrunner United, tapi aku tak pernah nak ambil tahu pun pasal Trivium.
Sehinggalah beberapa tahun lepas, Azrol suruh aku praktis lagu Anthem (We Are The Fire) untuk dijadikan projek lagu cover, Azrol memang peminat tegar Trivium. Semenjak itu, Trivium antara band metal moden yang aku follow lebih-lebih lagi selepas album Vengeance Fall.
The Crusade ni bagi aku lebih mudah dihadam berbanding dua album Trivium yang aku ada - Shogun dan Ascendancy. Mungkin disebabkan tema thrash metal vibe ala Metallica dan vokal kurang growling/screaming.
Selain Metallica (era AJFA-Black), kalau dengar berkali-kali mungkin akan perasan ada beberapa vibe dan riff lagu-lagu band lain yang familiar contohnya We Rock (Dio), Mandatory Suicide (Slayer), 2 Minutes To Midnight (Iron Maiden), My Own Savior (Iced Earth), Life And Death (Blaze Bayley) dan mungkin banyak lagi, cubalah cari...
_____
Ada apa: Next target, Silence In The Snow.
5 komen:
Trivium mmg aku belum pernah dengar full lagi.dgr sekali lalu je.nanti nak try dgr
Aku selalu nampak cd ni rega murah kat estock...baca review ni buat aku nak try la..
aku minat album ascendancy
belum kena masanya nak beli album ni, ada juga ku tgk jual dkt fb, harga belum ngam lagi.. hehe
Trivium ni aku betul2 betul2 betul2 punya suka waktu dorang accoustcikan Greater Good Of Good baru2 ni untuk Kerrang tribute
Post a Comment