Kebanyakan telefon berbayar (payphone) atau telefon awam sebegini walaupun masih sempurna fizikalnya tetapi tidak lagi berfungsi, tiada talian, sedih...
Teknologi retro. |
Telefon bimbit yang ada di tangan hanyalah untuk 1) menerima panggilan 2) peranti menerima panggilan rindu (missed call) seperti pager dan 3) bergaya, mengikut trend semasa. Waktu tu belum ada lagi servis SMS ok, kalau ada pun hanya intra-talian.
Sekurang-kurangnya, ia masih dihargai di sini.
_____
Ada apa: Bilakah kali terakhir anda menggunakannya?
4 komen:
tahun ni aku ada guna ni, masa aku balik gig pukul 2, pintu kunci bateri henpon aku mati. aku cari bawa blok ada yg rosak nasib ada satu hidup. sayang berkali2 aku call tak jawap jugaa. akhirnya aku tido luar hahaha...
beberapa hari lepas aku ada nampak telepon macam ni dorang buat penambah baikan selain boleh call kita boleh juga beli kredit henpon.
sepupu aku ada buat bisnes payphone ni...sayangnya tak untung...talipon rosak...kena kopak...duit kena curi...duit modal pun tak lepas...hampeh...
Masih berguna payphone gini cuma jangan kena vandalism dah
Masa aku kecik public phone era 80an guna dail bulat kena pusing satu2 nombor tu.masuk era 90an yg warna oren terang dail tekan2,penghujung 90an dan awal 2000,public phone yg warna chrome tu.kalo yg tu dulu begayut ngan awek berjam2 lamanya bermodalkan 10 sen je.(kes curi line guna jarum peniti) heheh..
Post a Comment