Ini sebenarnya aktiviti impromptu minggu lepas, kononnya nak bawa anak-anak main kereta letrik di Commerce Square Bintulu, tapi 50% ruangnya telah diambil alih oleh ekspo ni...
Tiket masuk RM5.00 seorang, bawah 4 tahun percuma. Masuklah jawabnya, bukan selalu kan? Ekspo haiwan peliharaan jenis eksotik yang majoritinya terdiri daripada reptilia, amfibia dan adalah seekor dua haiwan peliharaan yang biasa-biasa.
Aku letak gambar dululah, nama-nama binatang yang ada tu yang aku ingat sahaja, sebab aku tak gambar/salin sticker nama pada tepi sangkar/akuarium. Selebihnya nanti aku edit kemudian.
1) Bahagian gecko - terdiri daripada salamander, cicak, iguana hinggalah sebesar biawak dragon (bukan komodo). Tapi sayang, tak ada sesumpah (chameleon) dan buaya, muahahaha...
|
Coastal giant salamander - Dicamptodon tenebrosus. |
|
Leopard gecko - Eublepharis macularius. |
|
Bearded dragons - Pogona vitticeps. |
|
Blue-tongue skink - Tiliqua nigrolutea. |
|
Frilled neck lizard - Chlamydosaurus kingii. |
|
Mega gecko! Muahahaha... |
2) Bahagian ular - hampir semuanya adalah jenis ular sawa (phyton, boa) dan masih kecil, tiada pun yang matang.
3) Bahagian kura-kura dan labi-labi - tak banyak, ada 4-5 spesies sahaja.
|
Alligator snapping turtle - Macrochelys temminckii. |
|
Albino soft-shell turtle - Pelodiscus sinensis. |
4) Lain-lain - Yang bukan kategori reptilia ada juga beberapa spesies, contohnya beberapa ekor katak, araknid (labah-labah), monyet kecil marmoset, anjing (duh~) dan arnab (double duh~).
|
Marmoset - Callithrix jacchus. |
Pendapat aku, yang ada latar belakang biologi terutamanya zoologi, tengok pelbagai genus dan spesies haiwan eksotik sebegini memang menarik perhatian. Tapi kalau dari segi hobi memelihara haiwan (pet), kosnya memang tinggi dan rutin penjagaan yang agak leceh. Baik pelihara kucing kampung...
_____
AADI: Nama saintifik tu minta bantuan Pak Google.
5 komen:
Aku kalau jenis gini memang tak teringin nak bela...geli...haha..
Aku kagum dengan foto2 ni.
Kau ambil ye Ijau. Sangat berbakat kau ye ambil foto.
Kalau orang nak tahu pasal sesebuah haiwan atau reptile tu, aku rasa banyak dia tahu dari tengok foto2 yang kau ambil.
bert - bagus lagi bela kucing kampung, tak leceh dan kurang kos
deaf - kamera smartphone murahan je (zenfon go 45), yang penting pandai setting sebab diorang tak benarkan guna flash
geli tgk cicak tu..tapi comel juga
Dulu aku penah la bela kura dari besar duit siling 50 sen sampai dia da betul2 besar dekat 7-8 tahun jugak la aku bela.tapi di sebabkan aku selalu kerja luar takda sapa2 nak bagi mkn aku lepaskan kt kolam.dari takut dia mati tak mkn baik aku lepaskan
Post a Comment