Seperti jenama Leaves dalam entri sebelum ini, teh C special jenama Three Tea ini juga diperolehi di pasar raya E dijual dengan harga pengenalan RM2.99 untuk tin berisipadu 240 ml. Keluaran Greenleaf Food & Beverages (Kuching) yang juga terkenal dengan produk gula teh C.
Seperti yang selalu aku katakan, rasa teh susu memang susah untuk di-paket/botol/tin-kan berbanding kopi susu. Tapi dengan hype perisa "pandan & coconut" jenama ini lebih kimochi berbanding jenama Leaves dalam entri sebelum ini. Rasa aromatik pandan dan lemak santan menenggelamkan rasa "sintetik" teh susu yang sinonim dengan teh susu paket/botol/tin.
_____
AADI: Kimochi?
2 komen:
meleleh la bulan puasa tengok gambar ni...haha.
gambar tin je bro... tak macam entri puasa 10 tahun lepas, siap letak gambar yang dah tuang dalam gelas berais meleleh 😂
Post a Comment