Guitar Talk: Zoom G2.1DM Dave Mustaine Signature


Multi-effects pedal yang membuatkan peminat Abang Mus, Megadeth dan Zoom mula resah. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang memiliki Dean VMNT/VMNTx (seperti aku), a perfect match. Thanks to Bro Amizan & CK Music (Facebook) for this info, direct from NAMM 2011!

Imej link dari Gear-Vault.

Tapi aku rasa benda ni tak jauh beza daripada Zoom G2.1Nu yang ada di pasaran, yang berbeza cuma cool Megadeth/Mustaine custom graphic, bentuk expression pedal dan pastinya banyak patches bunyi-bunyian Abang Mus (seperti signature pedal Zoom yang lain).

Adakah ia bakal masuk dalam 2011 GAS-list aku? Ntahlah... Banyak benda nak dipikirkan tahun ni (Jackson/LTD pun dah melambai-lambai).

More news at Blabbermouth.net.

_____
Ada apa: Tapi aku dah target Vox Tonelab EX.

Ada Apa Dengan Blade Of Darkness?


[Filler entry] Dalam dua tiga hari ni, aku dah ketagih main game klasik ni - Blade Of Darkness. Aku kategorikan klasik sebab game ni merupakan keluaran tahun 2001, dah kira 10 tahun yang lepas.

Imej link dari Wikipedia.

Aku tak pasti sama ada US title atau European title perkataan "Severance" tu dibuang, tinggal "Blade Of Darkness" sahaja.

Dulu game ni antara yang memerlukan hi-end PC untuk dimainkan sebab grafik 3D game ni antara yang advance pada ketika itu, recommended Pentium 3, 128MB RAM, nVidia Riva TNT2. Loading time untuk sesuatu level (atau savegame) memang mengambil masa yang lama (up to one minute). Dan dulu aku cuma boleh main game ni di Cyber Cafe sepupu aku (Creative Network Center) disebabkan PC di rumah aku tak lepas minimum requirement (masih lagi Pentium MMX).

Imej link dari IGN.

Sekarang, walaupun PC aku dah 10-20 kali ganda lagi laju berbanding PC yang aku guna 10 tahun lepas (loading time pun biasanya dalam 10-15 saat), tapi game ni masih lagi menghiburkan, dengan grafik yang cantik, gameplay macam arcade + RPG dan background music yang memang masyuk~ The best part was executing the special combo attack.

_____
Ada apa: "Huiya auh!~"

Fourth Blogger's Anniversary


Blog Ada Apa Dengan Ijau? (AADI) turns FOUR today! Ui, dah empat tahun rupanya aku blogging? Tak terasa begitu cepat masa berlalu, dan tahun ni merupakan tahun kelima aku bermastautin dan mencari bini rezeki di Bintulu.

Antara penambahbaikan semenjak 2010:

  • Melebihkan penggunaan Bahasa Melayu dalam penulisan, kecuali beberapa istilah dan frasa yang macam kurang sesuai menggunakan Bahasa Melayu, better left it in English.
  • Penggunaan tatabahasa, ejaan dan simbol yang dibaiki (no more short-form).
  • Penambahan watermark (kesan air?) "kucinghijau.blogspot.com" pada gambar/foto/imej milik peribadi.
Pencapaian 2010:
  • Pertambahan beberapa "follower" baru. Sehingga kini ada 52 orang, terima kasih kerana mengikuti AADI.
  • 11k+ hit counter and counting! Ramai silent reader ke?
  • Sasaran tahun 2010 = satu hari satu entri = 365 entri. Tapi cuma dapat 364 entri sahaja (miss satu entri pada bulan Februari) = pencapaian 99.73%
  • Berdasarkan Feedjit Live dan Blogger Statistic, selain Malaysia dan Singapura (Deaf-Angel dan Bro Sub la ni), AADI juga menerima pengunjung dari luar negara seperti New Zealand (Wanwarlock la sapa lagi), Australia (geng-geng Abang Ben kot?) dan beberapa negara lain. Aku rasa mesti kebanyakkannya student Malaysia di luar negara kan? Takkan Mat Salleh atau Pak Arab saja-saja nak baca blog aku?

Statistic dari bulan Mei 2010 hingga Januari 2011.

Terima kasih kerana memberi sokongan (dengan membaca dan mengikuti) AADI. Untuk tahun 2011 ni aku tidak mensasarkan satu hari satu entri macam tahun lepas. Aku hanya akan buat entri kalau aku rajin dan ada masa terluang untuk blogging.

Seperti biasa kepada geng-geng Metal Bloggers, jumpa anda di Bandar Singa sebulan dari sekarang, ada rasa nak buat gathering tak? We gonna make it! Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: 31 days to go...

Sepagi Di Pekan Membakut


Pagi tadi aku dikejutkan dengan berita dari rakan-rakan sekampung (especially Jairo) melalui Facebook mengatakan bahawa sederet blok rumah kedai di Pekan Lama Membakut telah musnah dalam kebakaran lewat malam tadi (dalam 11.00 malam, Khamis 13/1/2011). Mungkin Jairo akan buat entri lain pasal tragedi ni sebab dia ada banyak snap gambar di tempat kejadian.

[Edited on 15/1/2011 9.25 am] Aku terjumpa cerita ringkas dalam blog ni, dan blog ni.

Gambar link dari Facebook Jairo.

Sebenarnya gambar-gambar dalam entri ni (kecuali gambar-gambar Jairo di atas) aku snap pada 29/12/2010 waktu aku balik kampung beberapa minggu yang lepas, dengan harapan suatu hari nanti waktu aku tadak idea nak buat entri blog aku boleh cerita sedikit pasal gambar-gambar ni.

Gambar-gambar ni aku ambil di Stesen Keretapi Negeri Sabah (KNS) Membakut, disebabkan ada beberapa keping gambar yang menunjukkan blok tersebuk, jadi entri ni aku dedikasikan khas sebagai "tribute" kepada blok rumah kedai tersebut yang sememangnya meninggalkan banyak nostalgia kepada anak-anak Membakut.

"Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat membeli komik?"
- Ijau D. Koceng

Takkan aku nak taip balik apa yang ada tertulis di atas?

Stesen keretapi ni baru dinaiktaraf beberapa tahun lepas, begitu juga dengan landasan yang dinaiktaraf (dengar-dengar menggunakan teknologi dari China). To be serious, aku tak pernah naik keretapi KNS ni kecuali waktu aku berumur 2-3 tahun (seperti yang diceritakan oleh mak aku). Dulu-dulu kalau nak pi Beaufort atau Kota Kinabalu lagi cepat menaiki bas mini (van) berbanding keretapi. Info lanjut sila layari website rasmi Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

Pemandangan dari atas platform.

Blok di sebelah kiri tu lah yang terbakar malam tadi. Bangunan ni dah wujud sebelum zaman merdeka lagi, kalau tak silap ia dibina pada zaman British (KBBU) seiring dengan perkembangan landasan keretapi dari Beaufort ke Jesselton (Kota Kinabalu ketika itu). Sila baca ruangan sejarah dalam website JKNS.

Arah menuju Bongawan, Papar dan Kota Kinabalu.

Arah menuju Beaufort dan Tenom.
Nampak macam platform KTM Komuter je kan?

Blok yang terbakar malam tadi.

Oh ya, hari ni hampir semua status warga Membakut dalam Facebook adalah berkaitan dengan kebakaran ni (termasuk aku dan Jairo). Memang tempat ni betul-betul meninggalkan banyak nostalgia kepada kami anak-anak Membakut, di sinilah tempat kami menunggu bas untuk pi Beaufort/Kota Kinabalu, makan-makan di Restoran Fatimah (ni cikgu BM aku dulu ni), beli barang runcit di Yung Siang Enterprise, beli komik dan majalah di kedai On Tai, dating depan laluan kaki lima dan tak kurang yang suka main snooker/billiard...

_____
Ada apa: Konspirasi?

Guitar Talk: Family Portrait


[Filler entry] Gambar "keluarga" aku setakat November 2010, tak termasuk beberapa harta rampasan perang The 2010 Great Music Sale CK Music (Year End Sale) baru-baru ni.

Untuk 2011, dalam hati memang ada rasa nak menambah (atau menukar) ahli "keluarga". Ya, aku memang rakus (istilah yang "dikurniakan" oleh Oriaj), minggu lepas aku hampir-hampir order sesuatu dari tauke Dead Eye Guitars (DEG). Tapi syukur aku tabah menahan racun-racun berbisa.

Semuanya gara-gara sessi lawatan sambil belajar ke rumah gitaris utama kugiran Manggas waktu aku balik kampung penghujung 2010 lepas. Sempatlah juga "memandu uji" tiga gitar milik gitaris tersebut; PRS Paul Allender SE, Dean From Hell CFH dan Jackson RR24 (gitar paling premium yang pernah aku main).

Tapi disebabkan ada projek yang lebih besar untuk tahun 2011 ni, apa-apa perolehan yang memerlukan bajet yang besar (especially guitar) terpaksa ditunda tarikhnya atau dibatalkan terus. But, that was another story...

_____
Ada apa: Bulan Mac nanti genap dua tahun aku terjerumus dalam kancah kegitaran ni...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (59) adrian smith (21) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (16) alice (12) amcorp mall (12) amplifier (167) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (165) anthrax (1) arlo (9) artis tempatan (157) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (20) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (8) bag/case (90) barbarik (2) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (14) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (347) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (40) blades (5) blaze bayley (31) blind guardian (22) blogging blues (79) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (74) botb (21) bourns (5) boxing (53) brado guitars (7) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (25) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (83) cheers (3) children of bodom (28) ck music (66) cleartone (3) cog (12) coke (5) coklat (20) cola (13) compilation (70) conception (2) console games (43) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (18) d'addario (63) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (31) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (7) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (52) digitech (26) dimarzio (69) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (19) ec-256 (28) ec-257 (20) eclipse-ii (27) edwards (1) ehem (37) eksperimen (94) electro-harmonix (32) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (41) emo (289) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (39) epiphone (179) erectus (29) ernie ball (44) es-335 (2) esp/ltd (239) estock (72) evanescence (1) everlast (7) evh (2) exists (9) f-54 (9) f&n (19) fallout (18) family (86) fear factory (3) fender (20) filler entry (47) fishman (3) flashback friday (50) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (25) fusion (3) g-hr3-68 (5) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (54) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (132) gator (26) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (39) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (5) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (7) hammerfall (19) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (9) hillsburg (2) historical (17) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (32) ibanez (238) icb200ex (15) iced earth (10) icon (51) imago (73) imitation (3) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (3) iron maiden (175) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (302) j5 (15) jackson (77) jamming (163) jamtank (46) jepak (9) jim dunlop (84) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (26) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (7) kakis store (4) kamelot (28) karisma (4) kaset (37) kawan (392) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (112) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (111) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (19) kuala lumpur (42) kuala penyu (1) kuching (14) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (20) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (88) lil (38) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (6) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (94) m-50fr (28) mackie (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (618) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (21) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (12) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (68) melaka (13) membakut (47) memori (463) mercyful fate (11) metallica (100) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (55) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (109) mrs (61) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (169) music bliss (32) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (13) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (32) new gear (260) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (124) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (9) nylon maiden (2) of string (29) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (42) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (15) pandora mini (12) panik (5) pantai (8) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (76) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (365) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (65) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (14) pic of the day (65) pick (72) pickup swap (102) pickups (223) pkp2020 (26) pkp2021 (22) pl1 (9) planet waves (19) playstation (39) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (23) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (9) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (35) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (30) restring therapy (115) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (3) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (5) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (12) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (59) shopee (47) sibu (11) sick puppies (5) signboard (17) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (77) solar (1) sonata arctica (3) sony (33) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (31) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (15) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (190) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (14) super album (105) superlux (4) susu (20) sv guitars (3) swee lee (34) sx (10) sze chan (1) t-shirt (68) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (21) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (37) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (44) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (17) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (51) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (137) tribute (65) trivium (21) tsb6 (7) tuner (38) tv (33) ugly kid joe (3) ultra swede (7) usm (8) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (485) wrestling (14) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (127) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger