[Filler entry] Dalam dua tiga hari ni, aku dah ketagih main game klasik ni - Blade Of Darkness. Aku kategorikan klasik sebab game ni merupakan keluaran tahun 2001, dah kira 10 tahun yang lepas.
Imej link dari Wikipedia.
Aku tak pasti sama ada US title atau European title perkataan "Severance" tu dibuang, tinggal "Blade Of Darkness" sahaja.
Dulu game ni antara yang memerlukan hi-end PC untuk dimainkan sebab grafik 3D game ni antara yang advance pada ketika itu, recommended Pentium 3, 128MB RAM, nVidia Riva TNT2. Loading time untuk sesuatu level (atau savegame) memang mengambil masa yang lama (up to one minute). Dan dulu aku cuma boleh main game ni di Cyber Cafe sepupu aku (Creative Network Center) disebabkan PC di rumah aku tak lepas minimum requirement (masih lagi Pentium MMX).
Imej link dari IGN.
Sekarang, walaupun PC aku dah 10-20 kali ganda lagi laju berbanding PC yang aku guna 10 tahun lepas (loading time pun biasanya dalam 10-15 saat), tapi game ni masih lagi menghiburkan, dengan grafik yang cantik, gameplay macam arcade + RPG dan background music yang memang masyuk~ The best part was executing the special combo attack.
_____
Ada apa: "Huiya auh!~"
1 comment
Aku skrg 3d tahap camni dah x nafsu nak main.
Post a Comment