Pagi tadi aku dikejutkan dengan berita dari rakan-rakan sekampung (especially Jairo) melalui Facebook mengatakan bahawa sederet blok rumah kedai di Pekan Lama Membakut telah musnah dalam kebakaran lewat malam tadi (dalam 11.00 malam, Khamis 13/1/2011). Mungkin Jairo akan buat entri lain pasal tragedi ni sebab dia ada banyak snap gambar di tempat kejadian.
[Edited on 15/1/2011 9.25 am] Aku terjumpa cerita ringkas dalam blog ni, dan blog ni.
Gambar link dari Facebook Jairo.
Sebenarnya gambar-gambar dalam entri ni (kecuali gambar-gambar Jairo di atas) aku snap pada 29/12/2010 waktu aku balik kampung beberapa minggu yang lepas, dengan harapan suatu hari nanti waktu aku tadak idea nak buat entri blog aku boleh cerita sedikit pasal gambar-gambar ni.
Gambar-gambar ni aku ambil di Stesen Keretapi Negeri Sabah (KNS) Membakut, disebabkan ada beberapa keping gambar yang menunjukkan blok tersebuk, jadi entri ni aku dedikasikan khas sebagai "tribute" kepada blok rumah kedai tersebut yang sememangnya meninggalkan banyak nostalgia kepada anak-anak Membakut.
"Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat membeli komik?"
- Ijau D. Koceng
Takkan aku nak taip balik apa yang ada tertulis di atas?
Stesen keretapi ni baru dinaiktaraf beberapa tahun lepas, begitu juga dengan landasan yang dinaiktaraf (dengar-dengar menggunakan teknologi dari China). To be serious, aku tak pernah naik keretapi KNS ni kecuali waktu aku berumur 2-3 tahun (seperti yang diceritakan oleh mak aku). Dulu-dulu kalau nak pi Beaufort atau Kota Kinabalu lagi cepat menaiki bas mini (van) berbanding keretapi. Info lanjut sila layari website rasmi Jabatan Keretapi Negeri Sabah.
Pemandangan dari atas platform.
Blok di sebelah kiri tu lah yang terbakar malam tadi. Bangunan ni dah wujud sebelum zaman merdeka lagi, kalau tak silap ia dibina pada zaman British (KBBU) seiring dengan perkembangan landasan keretapi dari Beaufort ke Jesselton (Kota Kinabalu ketika itu). Sila baca ruangan sejarah dalam website JKNS.
Arah menuju Bongawan, Papar dan Kota Kinabalu.
Arah menuju Beaufort dan Tenom.
Nampak macam platform KTM Komuter je kan?
Blok yang terbakar malam tadi.
Oh ya, hari ni hampir semua status warga Membakut dalam Facebook adalah berkaitan dengan kebakaran ni (termasuk aku dan Jairo). Memang tempat ni betul-betul meninggalkan banyak nostalgia kepada kami anak-anak Membakut, di sinilah tempat kami menunggu bas untuk pi Beaufort/Kota Kinabalu, makan-makan di Restoran Fatimah (ni cikgu BM aku dulu ni), beli barang runcit di Yung Siang Enterprise, beli komik dan majalah di kedai On Tai, dating depan laluan kaki lima dan tak kurang yang suka main snooker/billiard...
_____
Ada apa: Konspirasi?
5 komen:
bagus la komuniti korang rapat hubungan.
kalau kat tempat aku kebakaran kedai2 lama ni mmg biasa berlaku...nak suh pindah susah sangat...bakar jer la...2,3 bulan lepas tu naik la pembangunan kat situ...jalanraya...kedai baru...taman perumahan baru...ala kedai2 tu biasanya semua ada insuran...
thanks for sharing pasal railway in Sabah. informatif
abg ben:
teknologi hari ini membuatkan yg jauh pun terasa dekat
berteromber:
dulu kat pekan beaufort hampir tiap2 tahun ada saja blok rumah-kedai lama yg hangus, mmg konspirasi la ni
deaf:
ha'ah, mmg bab sejarah tu... sbb ada kaitan dengan kolonial british, WWII dan KBBU
sebenarnya bangunan kedai lama tu nak kena take over oleh pihak muzium negeri sabah utk proses pemuliharaan.. tapi tak tau la plak hehehehehehe bab insuran setiap lot tu hanya worth rm20k paling tinggi memandangkan ianya adalah banguna kayu yang olskool.
Post a Comment