[Filler entry] Trivia untuk hari ni...
Epiphone Les Paul Standard?
_____
Ada apa: Epiphone lah pula?
The Blog Of Ijau (ver 3.0) - kita sama-sama jahat, tak baik bergaduh...
Sambungan entri S&M DVD tahun lepas, kali ni versi audio CD. Walaupun aku dah ada dua versi audio CD ni - versi ori tanpa inlay (melepak dalam Imago) dan versi Petaling Street (ada di kampung), namun atas dasar pengumpul (collector) wtf aku beli lagi satu dari eBay, hehehe...
Dan pagi tadi, aku menerima bungkusan dari UK berisi tak lain tak bukan, album live Metallica - S&M.

Disebabkan pada sampul bungkusan ni ada logo CD (lihat gambar di atas), secara automatiknya ia akan menjadi sasaran untuk pemeriksaan Bahagian Kawalan Filem, KDN. Tapi ni kira kali pertama bungkusan yang aku terima dari UK diperiksa oleh KDN.
Mungkin pegawai-pegawai KDN yang buka bungkusan aku ni mengeluh "alaaa... Metalika, aku ingatkan video seks DSAI, kalau setakat Metalika, kat Malaysia pun ada jual".
eBay purchase info

Walaupun berstatus used, jewel case dan inlay pun dah nampak seasoned, tapi kedua-dua CD di dalamnya masih terjaga. Lebih kurang macam kondisi CD Garage Inc.

Seal rasmi pemeriksaan KDN.
Pasal album ni tak payahlah rasanya aku nak buat ulasan, sama je macam dalam entri S&M DVD tu. Ada yang suka, ada yang tak suka, dah jadi asam garam muzik Metallica. Well, this one is a tribute for you Mr. Michael Kamen (RIP).
Dunia Metal kehilangan seorang drummer yang "ganas", legendary Scott Columbus (ex-Manowar) yang meninggal dunia pada 4/4/2011.
Imej link dari website Noisecreep.
"Scott Columbus, Rest In Peace
Tuesday - April 05, 2011It is with great sorrow that we announce the passing of our brother Scott Columbus.
Scott Columbus was a rare talent and equally a rare individual.He was a father, a friend and a brother of metal.
All of the great moments we spent together in the studio, in our homes and on the road are burnished in our hearts and memories forever.
These words are spoken with heavy hearts but we have the comfort of knowing that he is in a good place and at peace.
He will never be forgotten.
Your family and brothers,
Joey, Eric, Karl, DonnieAnd all at Magic Circle Music."
- dipetik dari website rasmi Manowar.
Thank you Scott (and Manowar) for making me who I am today - a proud Metalhead. Tanpa muzik Manowar (and of course, your earth shattering drums), mungkin aku masih lagi layan muzik MLTR, Boyz II Men, Mariah Carey, Celine Dion, dll awal 90an dulu.
"He pounds his drums like the hammer of Thor!"
_____
Ada apa: Sedang menunggu album Sign Of The Hammer dari Rock At Large.
Album ni dah agak lama aku terima, awal bulan Februari dulu (waktu tengah sibuk dengan persiapan nak pi konsert Iron Maiden Singapore) bersama-sama album Time To Be King. Album terbaru (9th studio album) Blind Guardian iaitu At The Edge Of Time (Wiki).

Kebelakangan ni, cover art album Blind Guardian mesti ada naga.
eBay purchase info

Tracklist
Secara peribadi, album ni lebih mengancam berbanding album sebelum ini A Twist In The Myth, yang memang susah aku nak digest.

Lagu pertama The World Is Sacred yang agak epik, mengetengahkan unsur-unsur Orchestral dan Melodic Metal (macam bunyi Nightwish la pula), with whooping 9:19 playtime! Yang kononnya ditulis khas untuk PC game Sacred 2: Fallen Angel.
Lagu-lagu seterusnya adalah vintage Blind Guardian yang kebanyakkannya adalah diilhamkan dari novel-novel fiksyen dan fantasi, with Kürsch's legendary voice and Olbrich/Siepen signature guitar trade attacks. Blind Guardian juga tidak melupakan akar-umbi mereka signature bardic sound yang rata-ratanya diketengahkan dalam lagu Curse My Name. Lagu Wheel Of Time pula tepu dengan unsur irama padang pasir, aku rasa lagu ni sesuai kalau masuk dalam PC game Prince Of Persia hehehe.
Koleksi album studio Blind Guardian aku kini hanya kurang dua album saja lagi - Tales From The Twilight World dan Somewhere Far Beyond.
_____
Ada apa: Juga sedang mencari album Live.

Bungkusan dari yNot Studio (MMO Music) kali ni ada kaitan dengan Behringer FX600. Diterima Khamis lepas (31/3/2011) setelah diorder dua hari sebelumnya, credits to Engbok once again for prompt service.
Oke, isinya ialah Behringer PSU-HSB-ALL 9V 1.7A universal power supply unit (AC adapter la tu). Amat sesuai untuk mereka yang ada banyak pedal/stompbox, dan leceh nak guna bateri 9V.
"1.7A current capacity can power more than 20 effects pedals, keyboards and other DC 9V gears." - hype dari website Behringer.

Behringer simple packaging.
Mula-mula aku bercadang nak beli sama ada Visual Sound 1Malaysia 1Spot (1.7A) atau Godlyke Powerall (f*cking 2.0A!), tapi ternyata PSU-HSB-ALL ni lebih berbaloi jika dibandingkan dengan 1Spot dan Godlyke, harga yang ditawarkan oleh MMO Music juga memang murah berbanding tempat lain (mungkin faktor pelanggan tetap/setia memainkan peranan di sini). Selain itu, masalah pada FX600 aku juga antara faktor kenapa aku memilih Behringer.

Package includes:

Err... Aku tak jumpa pun perkataan "Behringer" pada adapter ni.
Hanya satu kelemahan yang aku jumpa - connector(s) pada daisy-chain yang dibekalkan adalah jenis lurus (straight), bukan bersudut (angled), walaupun ia amat sesuai untuk pedal-pedal yang power connector di sebelah atas seperti Boss, EHX dan Zoom, tetapi ia amat leceh untuk pedal-pedal yang power connector berada sebelah tepi seperti pedal-pedal Behringer. Jadi, sabo jelaaa~
_____
Ada apa: Sedang menyusun konfigurasi pedal-pedal, nak kena ada pedalboard juga ni...
Hah? This is madness! CK Music stock clearance sale! Discount up to 50% on selected items - mostly amps and effect pedals. Gila! Lagi murah daripada harga Year End Sale (YES). Some of my highlighted items list...
Zoom G1M (Michael Amott) 35% discount @ RM156!
(Tahun lepas aku beli di CK Music @ RM2xx),
Zoom G1J (John 5) juga pada harga yang sama.
Zoom G2G (George Lynch) 35% discount @ RM282.75!
Zoom G7.1ut 35% discount @ RM767! (YES @ RM964)
Zoom G9.2tt 35% discount @ RM1023.75! (YES @ RM1350)
For others discounted stock clearance sale stuff, please visit CK Music website.
Pedal-pedal Zoom yang besar tu (G7.1ut, G9.2tt) kalau dua tahun lepas mungkin aku berminat. Tapi sekarang dah kurang berminat disebabkan saiz dan masalah logistik yang bakal melanda. Jadi aku tak ter"GAS" sangatlah. Pada anda yang meminati pedal-pedal Zoom, Hah! Bila lagi?
Pada pemerhatianku, item-item yang di"discounted-clearance-sale"kan merupakan item-item yang bakal/telah diberhentikan produksinya (discontinued) atau akan digantikan dengan model terbaru. Maknanya lepas ni memang susah atau tak akan jumpa lagi di pasaran - ni cuma pendapat peribadi aku.
But the biggest bombshell so far... Here it is!
Line 6 POD X3 30% discount @ RM1179.50! (YES @ RM1358)
Antara idamanku suatu ketika dahulu, tapi tak mampu berbaloi nak beli sebab harga pasarannya dalam RM1.7-1.8k, boleh dapat medium-end Ibanez RG dengan harga macam tu. Tapi sekarang tak sampai RM1.2k beb! Pagi tadi aku ada tanya Bro Amizan, clearance sale ni valid sampai bila? Dia jawab "while stock last". Arghhh!~
[Edited 02/04/2011 @ 10.00 am] Baru terima info dari Bro Amizan, Pod X3 dah sold out! Arghhh!~ Melepas!
Semua imej aku link dari website CK Music.
_____
Ada apa: Damn! Totally bad timing!
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-