Memang terhibur bila sekali-sekala berpeluang mendengar bunyi burung tiong (
Gracula religiosa) yang "meniru" apa sahaja bunyi yang biasa didengarnya tiap-tiap hari, terutamanya percakapan manusia.
Daripada apa yang aku perhatikan dan dengar, burung tiong di atas ni boleh "memberi salam" dengan tiga jenis variasi dan lenggok suara; suara kanak-kanak (macam Upin Ipin), suara perempuan tua dan suara garau lelaki.
Begitu juga dengan "bunyi-bunyian" lain seperti batuk, bersin, berkahak, meludah, menghembus hingus - secara tidak langsung mencerminkan rutin harian tuannya.
_____
Ada apa: Kalau hari-hari dengar lagu King Diamond?