Tak banyak cerita, lagi bungkusan eBay dan lagi kes isu berbangkit. Bukan kes imitation, counterfeit atau pirated CD, tapi kali ni kes kesilapan info daripada seller. Dalam item info, seller mention item ni ialah Tarot Undead Indeed 2-disc version. Untuk keterangan lanjut, aku tanya seller adakah ia 2-disc audio CD version atau CD/DVD version seperti yang aku beli dari Jerman tahun lepas. Dengan confident seller reply mengatakan item ni ialah 2-disc audio CD version.
Aku terima bungkusan dari UK ni dua minggu lepas (dapat serentak dengan bungkusan Dominator), bila dibuka... Isi kandungannya ialah, yet again Tarot Undead Indeed CD/DVD version, bukannya 2-disc audio CD seperti yang dinyatakan oleh seller.

Yup, new and still sealed. No cracks on jewel case either.

Masih ada magnetic security bar lagi.
Apa beza 2-disc audio CD version dengan CD/DVD version ni? Oke, versi yang aku ada ialah CD/DVD version mengandungi [1] audio CD dan [2] DVD konsert, tapi kandungan [1] audio CD tak lengkap, maksud aku bukan semua lagu diorang sumbat dalam audio CD tu (lagu favourite Wings Of Darkness tak masuk), kalau dibandingkan dengan tracklist dalam [2] DVD konsert.
2-disc audio CD version pulak mengandungi lengkap semua lagu dan interlude borak-borak bahasa Suomi seperti dalam konsert DVD, spanning in two separate audio CD.

Aku hubungi seller sejurus selepas sessi fotografi album ni. Seller mengaku salah dan minta maaf sebab tak cek betul-betul, dia ingat cuma ada versi CD/DVD saja yang wujud. Seperti biasa seller suruh pulangkan semula item ni dan dia akan full refund. Tapi aku kata tak payahlah return and refund memandangkan stuff Tarot memang rare, apatah lagi album Undead Indeed ni yang aku dengar-dengar limited stuff.
Jadi kepada peminat-peminat Tarot, kalau-kalau ada yang berminat untuk memiliki album ni bolehlah hubungi aku sebelum aku iklankan di MTM Classifieds atau Mudah.my. But be aware as other rare Tarot stuff, harganya memang premium, apa-apa sila mesej aku sebab aku tak berani letak harga kat entri ni.
Mai layan Ashes To The Stars, sedikit preview dari DVD ni.
More info at Wikipedia and Tarot Official Website.
_____
Ada apa: Sahur cornflakes lagi ;)
0 comments
Post a Comment