Sabtu 28/8/2010 - Pukul 3.00 petang lepas balik dari temankan *ehem-ehem* tempah baju raya (tukang jahit masih terima tempahan lagi), kitorang singgah bazaar Ramadhan kat Esplanade, sebab ada beberapa gerai dah memulakan perniagaan.
What do you know? Makcik yang jual nasi lemak kukus special baru je bukak gerai, tak buang masa order terus la versi special... "Aik awal hari ni?" sindir makcik tu, yela hari-hari biasa singgah bazaar lepas balik kerja selalu je sold-out.
Nasi lemak kukus pandan, nasinya berwarna kehijau-hijauan, the best nasi lemak in Bintulu (pendapat peribadi) lagi best daripada nasi lemak kukus kat Medan Raya. Selain lauk standard nasi lemak (sambal bilis, telur rebus), versi special ada lauk tambahan, pilih sama ada rendang ayam atau daging masak kicap (tengok gambar di bawah sekali).
Kalau nasi lemak kukus sold-out, nasi tomato pun best jugak.
Lauk utama - kepak ayam goreng pandan (pandan lagi).
Lauk tambahan untuk versi special - rendang ayam dan daging masak kicap.
Apa yang best pasal nasi lemak kukus pandan ni? Aroma nasinya yang sedap, lauk-lauknya pun sedap berbanding tempat-tempat lain, cuma selalu jual dalam kuantiti yang terhad. Tapi dari cerita makcik yang jual tu, nasi lemak kukus pandan ni lebih leceh untuk disediakan berbanding nasi lemak biasa, memakan masa berjam-jam. Sebab tu dia tak mampu nak buat dalam kuantiti yang banyak.
Walaupun menunggu tiga jam lebih sebelum berbuka, tapi ia memang berbaloi...
_____
Ada apa: Lepas bayar zakat fitrah...
0 comments
Post a Comment