Sabtu 21/8/2010 - Seperti yang dirancang, dalam pukul 4.00 petang aku pi ronda bazaar Ramadhan kat area Kidurong (with *ehem-ehem* of course), lebih kurang 10-15 minit drive dari town area. Bazaar ni terletak di kawasan perumahan mereka-mereka yang bekerja di sektor petroleum dan gas (Petronas, MLNG, ABF) kebanyakkan daripada mereka adalah orang Semenanjung. Harap-harap aku dapat cari beberapa juadah Semenanjung dijual di sini, my target - roti jala dan taufufah.
Bazaar Ramadhan kat Kidurong ni agak kecik berbanding kat Esplanade dan Medan Raya, hanya dua deret gerai sahaja. Tempat yang agak strategik iaitu tempat letak kereta berhadapan dengan Pusat Sukan BDA Kidurong. Sebenarnya aku jarang pi Kidurong ni, kali terakhir mungkin waktu Karnival Keluarga Petronas tahun lepas tengok konsert Sepah, Kristal dan Amy Search kat Kelab Kidurong.
Kat mana-mana area Bintulu mesti akan jumpa orang jual jus jambu batu (guava, biabas) asam boi special ni. Macam dah franchise la pulak, kalau sebelum bulan Ramadhan diorang jual kat tepi jalan dan pasar malam.
Don't get me wrong, jus jambu ni memang sedap, memang terasa serat-serat jambu melekat kat lidah. Aku suka yang asli, ada jugak versi 'special' iaitu dicampur dengan serbuk asam boi. Cuma aku agak was-was pasal warna hijaunya, nampak sangat macam pewarna tiruan bukan warna jus jambu asli.
Variasi puding dan agar-agar, nampak sedap kan?
Aha! Laksa Penang dan Mee Hokkien. A little taste of Penang ;)
Mee Hokkien tu memang betul-betul hao liao!~
36 = RM1? Banyaknya! Agaknya 3b = RM1?
And guess what? Setelah tawaf dua kali, akhirnya aku terjumpa benda yang aku cari-cari sejak awal Ramadhan - roti jala! Walaupun versinya lain sedikit daripada yang biasa (kalau versi biasa ia dihidangkan dengan kari ayam kan?). Versi ni lain sikit, kat dalam berisi inti karipap. Kat bazaar ni aku cuma beli roti jala (of course), mee Hokkien dan jus jambu. Taufufah masih belum jumpa lagi...
Lepas balik sempat singgah kat Parkcity Mall, aku terserempak dengan krew Cats.FM Perodua Ranger ni - amboi, selambanya parking macam tu? Dari semalam aku tengok krew ni ronda-ronda kat bazaar Ramadhan Esplanade. Mungkin diorang ada aktiviti kat Bintulu ni kot?
Btw, aku tak dengar pun radio Cats.FM ni, kat opis satu-satunya stesen radio yang dapat diterima ialah Bintulu.FM, stesen radio lain susah nak dapat disebabkan interference daripada equipment dalam lab. Kat rumah dan dalam kereta (kalau tak layan CD Metal) aku lagi selesa mendengar Klasik Nasional.
_____
Ada apa: In the end, berbuka dengan chicken chop Marrybrown hehehe...
4 komen:
bro, 3b = RM1 tu maknanya 3 biji singgit kot.
kat sini pun biasa roti jala ada inti, mudah kot. Yg ada kari pun ada.
Jus jambu tu memang franchise, kat JB bersepah, campur asam boi (org Johor bilang asam kecut) lagi happy beb.
taufufah, kalau yg gula merah lagi sedap.
eddie:
ha'ah mmg 3 biji singgit
ooo aku ingat jus jambu tu kat bintulu je bersepah jual, nnti nak try yg berasam kecut pulak
dulu waktu kat penang, xsah klu pi pasar mlm @ bazaar ramadhan tp xbeli taufufah
sedap sedap la gambo ko
deaf_angel:
gmbr candid :D
Post a Comment