Petang Sabtu 14/8/2010, berkesempatan meronda satu lagi bazaar Ramadhan di Bintulu ni bersama *ehem-ehem* iaitu di kawasan letak kereta Medan Raya (some called it As-Syakirin Commercial Centre).
Walaupun kawasan ni agak luas berbanding kat Esplanade, tapi kesesakan lalulintas memang tidak dapat dielakkan disebabkan sesetengah pengunjung yang kurang bertanggungjawab meletak kenderaan sesuka hati, nasib baik area ni ada empat exit routes jadi senang sikit nak meloloskan diri sekiranya jalan utama jem.
Brader-brader berpakaian overall kuning (sometimes red, dark green and dark blue depends on what company they're working) was a common sight in Bintulu town, dipakai oleh mereka-mereka yang bekerja di sektor petroleum dan gas (Shell, Petronas, MLNG, ABF, dll) and these guys were proud to wear it, tak kisah kat pasaraya, shopping complex, hotel dan kat masjid waktu solat Jumaat.
Dua-tiga kali aku tawaf kat bazaar ni dengan tujuan nak mencari roti jala dan taufufah, tapi malangnya tak ketemu - susah sangat nak cari dua benda ni kat Bintulu, semenjak aku bermastautin dari tahun 2006 sampai sekarang memang susah nak jumpa. Nak kena cari kat area komuniti orang Semenanjung ni, mungkin kat area Pantai ABF ada kot?
Kat bazaar ni pun ada jual nasi lemak kukus special (special in terms of lauk-pauk) tapi seperti biasa memang sold out since 4.00 pm, haiya! Kecewa lagi...
Satu lagi juadah tersohor di Bintulu - ikan bakar (or in this case, grilled fish stuffed with spices), kat bazaar ni memang disediakan khas sebaris gerai-gerai yang menjual ikan bakar dan apa-apa juadah lain yang dibakar, stim, salai atau *tunok. harganya pun agak premium RM5.00-15.00 bergantung kepada jenis ikan dan saiznya.
*tunok - istilah orang tempatan untuk bakar, kalau kat tempat aku tunu/tuno
Aku tak tau ikan apa ni (btw, aku tak makan ikan, kecuali ikan bilis hehehe...)
Kebiasaannya aku akan minimumkan juadah berbuka aku kepada tiga hidangan - hidangan utama, hidangan sampingan dan air (kurma premium hari tu pun banyak lagi). Jadi kat bazaar ni aku cuma beli nasi goreng (kes kecewa lagi sebab nasik lemak kukus habis), daging masak kicap dan mee kolok. Minuman? Kat rumah ada lagi sekotak minuman Delite.
_____
Ada apa: Teringat aku Ramadhan 1995 aku pernah bisnes burger kat kampung...
4 komen:
tahun ni takde selera langsung nak ke pasar ramadan. Makan semua yang homemade saja.
lermekk beb
belum jumpa lagi roti kirai ko tu ke haha
abg ben:
kalau ada org buatkan juadah berbuka, aku pun mmg tak pi bazaar hehehe
deaf_angel:
xjumpa lg... hujung mggu ni nak pi bazaar ramadhan area perumahan 'org malaya' (jauh sket dari area town)... harap2 ada roti jala dan taufufah
sama lah bro... ringan2 aje, lepas maghrib baru sental lagi...
Post a Comment