Jumaat lepas (13/8/2010) Zoom G1M aku selamat sampai ke tangan tuan barunya, iaitu pembeli yang sama yang membeli Satchurator aku awal bulan April lepas. Sejak ia dibeli dari CK Music penghujung Jun lepas, aku rasa baru beberapa kali aku guna G1M ni kat rumah, tu pun guna headphone (selalu praktis guna Micro-Cube). Boleh dikatakan 99.9999% baru...

Kenapa aku let-go? Sebab aku mencari dana-dana tambahan nak target gajet yang ada USB interface (maybe upgrading to G1U). G1M ni aku iklankan kat Facebook awal minggu lepas, berebut member-member aku nak beli, terpaksa aku buat first pay first serve basis (taknaklah buat highest bidder basis sebab aku jenis tak tikam member). Dan tak sampai tiga jam diiklankan dah ada member yang confirm, siap bank-in duit terus tu...
There's always a good market for guitar related stuff in Borneo (especially within members-of-members circle), memandangkan barangan kegitaran yang dijual di sini (Sabah/Sarawak) memang harganya 'potong leher' ada yang markup sampai 50%. Contohnya paling senang Vox Satchurator - retail price in KL was RM350-380, Borneo's retail price was RM450-550! (Harga yang aku survey kat beberapa kedai muzik di Kuching, Bintulu, Miri dan Kota Kinabalu).
Rasa-rasa kalau aku jadi underground dealer/retailer for these stuff (mainly effect pedals and stompboxes) di kalangan member-member, oke tak Oriaj?
_____
Ada apa: Let-go lagi...
11 komen:
check out G2NU, better display and distortion, but mesa boogie simulation sounds weak though
TJ
ano @ tj:
over budget la bro klu G2NU, G1U still below rm400
ok x sound g1m ni??x pnah main multiefx pasal dah ada metal zone..
municipal_waste:
patches dlm G1M ni agak 'keras' berbanding patches dlm G1X/G1N sbb ia diolah oleh mike amott (his sig pedal)... klu suka muzik metal, heavy distortion + drop tuning mmg best la pedal ni, tp klu layan muzik versatile mmg xsesuai langsung
berbanding stompbox, kebanyakkan multi-fx ada pre-amp dan stereo output, jd blh smbg direct dgn headphone - jimat duit nak beli amp bg bedroom axeman mcm aku ni
cakap pasal Mike Amott, ingat nak let go saya punya Randall Ninja combo...
bro sub:
how much? hehehe...
SGD180... putting up ad soon :-)
bro sub:
SGD180 = RM414-432!
pssst~ rasa2 klu hntr guna sea mail brapa eh? hehehe...
kalau setuju, terus guna FedEx sudah ler...- saya fund 50% of cost amacam? kalo sampai sebelom raya baru ROCK!
bro sub:
i'll email u...
ok bro dah reply pun :-)
Post a Comment