Komputer Muzik (Part 2)


Kalau dulu aku ada share YouTube pasal lagu Francisca Peters Komputer Muzik, nah kali ni aku ada jumpa albumnya! Tapi aku taklah terlalu fanatik sampai tahap nak membelinya (walaupun harganya murah RM16.90).

Aku terjumpa waktu belek-belek CD area local female artists di Victoria Music Centre, Amcorp Mall pagi tadi, dalam proses mencari CD Ella 30110 (remastered version). Banyak juga CD artis tempatan yang best aku jumpa, tapi tu dah jadi cerita lain...

_____
Ada apa: Nanti aku buat entri lain pasal sessi melawat Victoria ni...

Kembali Ke Bintulu (Part 9)


[Scheduled entry] Dalam perjalanan menuju LCCT untuk penerbangan balik ke Bintulu dalam pukul 4.20 petang nanti. Setelah empat hari berada di PJ mengikuti peringkat akhir Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Khamis-Jumaat lepas.

Sekadar gambar "buang tebiat" hiasan.
Walaupun kumpulan kami tidak mendapat tempat "top three" tapi impak pembentangan Cawangan Bintulu memang terasa, boleh masuk Raja Lawak lepas ni.

Ada banyak idea nak buat entri lepas ni - Ronda-ronda di CK Music (dan Pandora Mini), Music Master Studio (thanks Clement), urusan dengan tauke DEG, bab makan-makan (tradisi AADI) dan pastinya bab Konvensyen KIK.

_____
Ada apa: Beban KIK dah selesai, la ni dah boleh tumpukan pada D-Day...

Antara Ibanez, Schecter, Cort dan Tama


Antara "saguhati" selepas berurusan dengan tauke Dead Eye Guitars (DEG) malam Rabu lepas... Beberapa naskah katalog gitar 2011 dari Ibanez, Schecter dan Cort (plus Tama drums).

"Nah, I bagi racun-racun tambahan untuk you..."

Ambik kau! Sampai tujuh naskah katalog tauke DEG bagi. Kepada Muspeed, selamat mengalami "keracunan" minda dan selamat "mati mata" (dead eye) hahaha!

Err, urusan apa pula dengan Tauke DEG kali ni? But that was another story...

_____
Ada apa: Tak belek habis lagi katalog-katalog semua tu.

Ada Apa Dengan Korg Pandora Mini? (Part 2)


Setelah teracun dengan entri Bro Sub (part 1, part 2) ini dia "harta rampasan perang" terbaru yang diperolehi selepas sessi lawatan (sambil cuci mata) ke CK Music petang semalam.

Kalau bukan pasal benda ni, memang aku malas nak pi KL (dari PJ) terutamanya Jalan Imbi dan Jalan Bukit Bintang, kena banyak menapak. Too bad Bro Amizan was not around...

_____
Ada apa: Hampir-hampir terbeli Perri's boobies strap.

PJ, Here I Come!


[Scheduled entry] On my way to Bintulu airport, flight BTU-KUL dijadualkan pukul 9.35 pagi dijangka sampai LCCT (Eh? Air-Asia?) dalam pukul 11.30-12.00 tengahari.

Sekadar gambar hiasan.
Harap-harap sampai PJ sebelum pukul 3.00 petang, lagi awal lagi bagus sebab plan nak pergi KL ronda-ronda Jalan Imbi (CK, JS, Ultimate) atau Jalan Bukit Bintang (Bentley). Kalau rasa malas nak pergi KL, mungkin pergi SS2/10 sajalah kot hehehe...

_____
Ada apa: Harap-harap pembentangan projek esok berjalan lancar.

Oasis - (What's The Story) Morning Glory?


Tak lama dulu aku ada baca entri daripada geng bloggers (aku lupa entri sapa) cerita pasal album Oasis ni, album keluaran 1995 bertajuk (What's The Story) Morning Glory? Pagi semalam aku menerima bungkusan (eBay la apa lagi) dari Australia berisi album tersebut (without jewel case).

CD dan inlay yang diterima walaupun berstatus used, tapi masih nampak baru. Aku bukannya peminat Oasis, tapi memang dah lama aku teringin nak beli album ni atas sebab nostalgic value, tunggu masa dan peluang yang sesuai untuk lowball pada harga bawah RM15.00 dan ia membuahkan hasil...

eBay purchase info

  • Purchased from: 5588laura
  • Location: Australia
  • Condition: used (like new)
  • Price paid: AU$1.25+3.00 (RM13.93) menang bid
  • Ordered: 11/4/2011
  • Received: 25/4/2011
  • Label: (P) 1995 Sony Music Entertainment Inc.
  • Made in: Australia

Tracklist

  1. Hello
  2. Roll With It
  3. Wonderwall
  4. Don't Look Back In Anger
  5. Hey Now!

  6. Some Might Say
  7. Cast No Shadow
  8. She's Electric
  9. Morning Glory

  10. Champagne Supernova

Lagu-lagu lain aku tak berapa layan sangat, tapi Wonderwall dan Don't Look Back In Anger tu memang dua lagu yang berhantu. Track no. 6 and 11 was unnamed tracks.

Ya, aku tak terlepas dari dilanda era kegemilangan muzik Alternative pertengahan 90an dulu. Aku kenal muzik Alternative dari rakan sekelas yang banyak kaset-kaset Oasis, Blur, The Cranberries, Hootie & The Blowfish. Waktu tu aku cuma layan beberapa band saja (The Offsprings, Green Day, Nirvana dan baru nak berjinak-jinak dengan Iron Maiden dan Metallica). Kalau dengar lagu-lagu dari era tersebut, memang banyak kenangan zaman sekolah, yang pastinya biarkan ia berlalu...

_____
Ada apa: Alternative mood...

Sepetang Di Jaz Design


Petang semalam *ehem-ehem* ajak pi Jaz Design. Jaz Design ni merupakan perekabentuk grafik (graphic designer?) yang agak popular di Bandar Bintulu ni selain Oil-Town Signcraft, Q-Design dan Ah Chew.

Ruang pejabat/kerja yang agak selesa dan "millennium-touch", dengan skrin LCD besar di dinding supaya pelanggan dapat melihat apa yang sedang "dilukis" oleh Jaz menggunakan Abode Illustrator (in real time) tanpa menjenguk pada skrin PC yang satu lagi (memang kurang selesa kalau pelanggan ada di belakang kita sambil jenguk apa kita buat, aku tau sebab aku pernah mengalaminya dulu-dulu).

Antara contoh-contoh hasil kerja Jaz (kecuali air minum tu la).

Jaz Design merupakan syarikat Bumiputera yang berpengalaman dalam merekabentuk dan mencetak kad, banner, bunting, risalah, carta organisasi, cenderamata dan apa sahaja yang perlukan sentuhan grafik...

Sebenarnya Jabatan aku pun selalu berurusan dengan Jaz Design ni kalau-kalau ada nak tempah apa-apa barangan yang memerlukan grafik dan cetakan profesional. Aku tak jumpa website atau Facebook page Jaz Design ni, kalau ada boleh juga aku letak link di sini.

_____
Ada apa: Eh, kad?

Ada Apa Dengan Beg Plastik? (Part 2)


Entri sempena Earth Day 2011.

Dari apa yang aku perhatikan gelagat pengguna malahan pekedai di sekitar bandar Bintulu pada hari Sabtu tiga bulan pertama, kempen "Hari Sabtu Tanpa Beg Plastik" ni seoalah-olah tidak diendahkan. Kecuali beberapa pasaraya kecil, kedai runcit dan kedai mini stesen minyak yang memang "tegas" dalam melaksanakan kempen ni.

Apa guna ada poster besar (seperti gambar di bawah) di depan kaunter cashier, kalau cashier sendiri dengan selambanya tarik beg plastik tanpa bertanya pembeli "ada bawa beg sendiri tak?" pada hari Sabtu.

Tapi sejak minggu lepas, pasaraya besar tersebut mula menunjukkan "ketegasan" dalam berkempen. Siapa yang tak bawa beg sendiri akan dicas 20 sen untuk sehelai beg plastik (mungkin premis-premis lain dah lama buat opsyen ni). Tapi aku rasa, pembeli sanggup bayar 20 sen daripada bawa beg sendiri.

Nak lagi tegas rasanya jangan bagi terus opsyen bayar 20 sen tu. Kalau nak juga, beli "beg hijau" tu terus yang rata-ratanya berharga RM3.00 atau bawa barang-barang yang dibeli tadi dengan tangan kosong. Teringat aku zaman Makro kat Sungai Dua (Penang) dulu yang sekarang dah jadi Tesco.

Aku dipahamkan bandar-bandar lain di Sarawak seperti Miri dan Sibu, sememangnya dah lama buat kempen "Hari Tanpa Beg Plastik" ni pada hari-hari tertentu, lama sebelum kempen oleh KPDNKK dilaksanakan.

Satu babak di depan pasaraya [dot-dot] petang semalam...

EE: Aik? Kenak kitak sik embak beg *bilem Air-Asia dalam kereta ya?

Aku: Sikpa, hari tok Jumaat, bukan Sabtu (kebetulan cuti Good Friday, terasa macam hari Sabtu).

EE: Sik semestinya hari Sabtu jak berkempen ya, perlu juak dipraktikkan hari-hari lain. Kitak tok nama jak "environmentalist" tapi Earth Day hari tok pun sik tau...

Aku: Eh? [aiseh, malunya aku~]

Bab punch-line "environmentalist" tu memang aku terkena bulat-bulat point-blank shoot, nah hambik nko! Btw, aku memang sediakan satu atau dua beg membeli-belah (shopping bag?) dalam kereta, kalau-kalau aku terlupa nak bawa dari rumah pada hari Sabtu.

*bilem = hitam (Melanau)

_____
Ada apa: Awat kempen Earth Day 2011 kurang publisiti? Sampai aku sendiri pun tak tau terlupa.

Guitar Talk: Antara Dave Murray Dan Les Paul


Jarang-jarang kita tengok Dave "Moonface" Murray guna gitar selain Fender Stratocaster waktu konsert, tapi sejak kebelakangan ni (mainly after The Final Frontier) selalu sangat dia guna Gibson Les Paul Traditional untuk beberapa lagu waktu konsert.

Imej aku cilok (linked) dari Photobucket sapa ntah...

"New for the Final Frontier tour, this Les Paul is completely stock. Murray originally bought it for practicing in hotels, but it was so nice he now plays it onstage. It’s the first Les Paul he has used live in about 20 years. The top is so flamey that the burst pops out on the JumboTron."

- Hype dari artikel Premier Guitar
Gallery: Iron Maiden's 2010 Touring Gear.

Waktu konsert Iron Maiden Singapore hari tu, bila kamera zoom Murray (obviously waktu ni Smith tengah solo, shitty cameraman) nampak pickup Les Paul tu macam dah ditukar dengan jenis open coil type (probably DiMarzio Super Distortion). Tapi ia mungkin ilusi optik mata aku je kot?

_____
Ada apa: But Smith's Goldtop was legendary...

Ada Apa Dengan Zakat Pendapatan?


[Filler entry] Ada aku cerita sikit-sikit dalam entri zakat fitrah tahun lepas.

Pagi tadi Tabung Baitulmal Sarawak ada buka kiosk/kaunter zakat di opis aku, buat sikit taklimat pasal zakat pendapatan. Aku tak tau di negeri-negeri lain ada atau tidak skim zakat potongan gaji seperti yang dibuat oleh Tabung Baitulmal Sarawak ni (rasanya geng-geng bloggers di negeri lain boleh bagi sedikit info).

Bab-bab zakat ni rasanya tak payahlah aku nak ulas, baik serahkan pada yang pakar dan berilmu untuk mengulasnya dengan lebih lanjut. Macam aku yang agak kurang ilmu ni cuma nak berkongsi sedikit info.

Tapi alhamdulillah, sejak 2008 aku dah isi borang kebenaran skim zakat potongan gaji ni. Bayar zakat pendapatan potong daripada gaji tiap-tiap bulan.

Info lebih lanjut sila layari website Tabung Baitulmal Sarawak.

_____
Ada apa: "Hari ini Tuan Sadiq Segaraga ingin memberi zakat..."

Ada Sesuatu Dari NoobAxe Guitars (Part 4)


Isnin 18/4/2011 - Lagi bungkusan dari NoobAxe Guitars yang diterima pagi tadi via parcel post (aka poslambat).

Seperti biasa selain barangan muzik baru, NoobAxe Guitar juga terkenal dengan barangan muzik terpakai (ala-ala Pawn Star) pada harga yang amat menarik. Apa pula barang kali ni?

Bungkusan kali ni berisi Line 6 FBV Express MkII foot controller. Foot controller atau footswitch (suis-suis kawalan kaki macam stompbox atau multi-effects pedal) khas untuk produk-produk Line 6 seperti Pod, Spider dan LowDown.

Free gift sekeping pick Jim Dunlop.

Dengan kondisi 8/10 pada harga separuh daripada harga unit baru (RM3xx at CK Music), ia merupakan pembelian yang amat berbaloi-baloi. Model MkII (Mark 2 - expression pedal bentuk macam Pod X3 Live) ni merupakan naiktaraf daripada model lama iaitu FBV Express (Mark 1, discontinued - expression pedal bentuk macam Pod XT Live). Except for the four plasticy ABCD switches, this footswitch was built like a tank.

Berbanding dengan Vox VFS5, FBV MkII ni ada beberapa kelebihan antaranya:

  • USB port - disambung pada komputer yang dilengkapi dengan perisian Line 6 FBV Control (assigning footswitch functions) dan Line 6 Monkey (firmware upgrade).
  • Setiap suis ABCD ada LEDnya tersendiri.
  • Onboard tuner indicator (tak payah nak jenguk kat Pod, Spider atau LowDown).
  • Expression pedal - yang ni paling menang (tak payahlah nak terangkan).

Info lebih lanjut boleh layari website rasmi Line 6.

Baru aku perasan, kabel footswitch ni merupakan jenis RJ45 (kabel network/LAN). Maknanya kalau aku nak kabel yang lagi panjang, aku boleh buat sendiri kabel ni sebab aku ada sekotak kabel RJ45 jenama Belden di opis (and complete crimping tools too).

Btw, kenapa aku beli FBV MkII ni sedangkan aku mana ada Pod, Spider mahupun LowDown. Well, that will be another story...

_____
Ada apa: Line 7?

Ada Apa Dengan RG350M? (Part 3)


Info terbaru aku dapat dari blog Bro Sub - thE guitaR addicT!

RG350M kini terdapat dalam warna HIJAU, roadster green metallic (RGM) yang nampak lebih mengiurkan berbanding green shadow flat (GSF).

Kalau ada sharktooth inlays kan best, hmmm...

Macam ada harapan jadi IDK signature series MkIII nanti. Tapi yang malangnya bagusnya, ia tidak ditawarkan untuk pasaran Asia Tenggara, hahaha lucky!

Info lebih lanjut sila layari website Ibanez (USA). Kalau cari info di website Ibanez (Asia) memang tak jumpa.

_____
Ada apa: Sama je macam Replacement aku, kecuali part warna dan Edge Zero II bridge.

Entri Merapu #2 Untuk Tahun 2011


[Filler entry] The thin line between love and hate... GREEN or GOLD?

GREEN theme
(image linked from Examiner.com)

GOLD theme
(image linked from Wikimedia.org)

_____
Ada apa: Dah benci kot?

Ada Apa Dengan Beg Plastik?


Esok merupakan hari Sabtu yang ke-16 dalam tahun 2011 ni, maknanya dah 16 kali kempen "Hari Tanpa Beg Plastik" berlangsung. Btw, tahun 2009 dulu aku ada merapu pasal beg plastik...

Poster kempen KPDNKK di sebuah pasaraya besar di Beaufort, Sabah.

Bagaimana sambutan kempen ini di tempat anda? Berjalan lancar atau tidak dipedulikan langsung? Di bandar Bintulu ni suasananya memang menyedihkan...

To be continued...

_____
Ada apa: Aku ada beberapa koleksi beg kitar semula ni, sebab kebanyakannya berwarna hijau hehehe... Rasa-rasa nak kumpul la (dah dasar collector).

Guitar Talk: This Is Madness!


Semakin dekat semakin jauh, semakin hampir sampai penamat hilang. Kita tahu bukannya ke mari, kabus asap timbul hilang tak menentu.

Teaser #1

Teaser #2

Teaser #3

Teaser #4

Kini terbukti apa yang dinanti, dengan rela ku lepas kau pergi. Telah sedekad kenangan terpahat, di ruang tak bertempat...

All guitar "teasing" images courtesy of Dead Eye Guitars.

_____
Ada apa: Tauke DEG memang pandai meracun.

Fasa Ketiga Projek Mega 2011 (Part 3)


Isnin 11/4/2011- Dah buat temujanji dengan Ahmad di JAIS dan Hakim Mahkamah Syariah Mukah...

Stylo juga bangunan JAIS Mukah ni.

Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan. Berurusan dengan Ustaz I (Pendaftar) dan En. N (Hakim) secara santai tak sampai pun sejam.

Urusan aku no. 5 - Surat Kebenaran Kahwin Berwalikan Hakim Syar'ie.

Dengan selesainya urusan "rasmi" dengan Ahmad di JAIS dan Hakim Mahkamah Syariah Mukah, maka dengan ini Fasa Ketiga Projek Mega 2011 aku dah selesai. Tinggal menghitung hari untuk Fasa Terakhir saja lagi...

Masa untuk membedal! Pekena nasi briyani daging restoran ntah aku dah lupa nama restoran ni.

Dan meneruskan tradisi AADI untuk review pasal makanan - sebenarnya nasi briyani ni taklah sesedap mana, kari daging dan kuah dalcanya agak cair jika dibandingkan dengan briyani di Famous Mama Cafe Bintulu. Tapi disebabkan aku lapar dan "Hepi ;)" tak sampai lima minit aku habiskan hahaha! Baru je semalam Latip "warning" aku kurang-kurangkan lemak berat badan dalam 50 hari terakhir ni...

Kepada saudara Muspeed, diharap urusan Projek Mega 2011 anda pun berjalan lancar.

_____
Ada apa: 5 kg dalam masa 50 hari, boleh ke?

Manowar - Sign Of The Hammer


Tribute to Scott Columbus (RIP).

Album klasik dari Manowar yang diperolehi dari "kedai CD" Abang Ben kita (Rock At Large), iaitu album Sign Of The Hammer atau lebih dikenali sebagai album "Cap Tukul". Sebenarnya bungkusan posdaftar ni diterima semalam (tapi semalam aku masih lagi "bercuti" di Mukah).

(P)(C) 1984 10 Records, published by 10 Music Ltd. Made in Holland.

Tracklist

  1. All Men Play On 10
  2. Animals
  3. Thor (The Powerhead)
  4. Mountains
  5. Sign Of The Hammer
  6. The Oath
  7. Thunderpick
  8. Guyana (Cult Of The Damned)

Lagu Thor (The Powerhead) dan Mountains merupakan lagu kegemaran aku dalam album ni, dan kedua-dua lagu ni memiliki "personaliti" yang cukup berbeza. Bila dengar kedua-dua lagu tu aku teringat waktu layan game RPG Icewind Dale awal 2000 dulu. Waktu tu rajin "sedut" mp3 dari Napster (the original Napster) dan mIRC, dan lagu-lagu Manowar merupakan top priority dalam senarai sedutan.

"Like a man is a mountainside, greatness waits for those who try"

Drums of Doom - Scott Columbus.
Imej link dari website Rock News Desk.

Aku copy/paste apa yang pernah aku taip dalam entri yang lepas.

Thank you Scott (and Manowar) for making me who I am today - a proud Metalhead. Tanpa muzik Manowar (and of course, your earth shattering drums), mungkin aku masih lagi layan muzik MLTR, Boyz II Men, Mariah Carey, Celine Dion, dll awal 90an dulu.

"He pounds his drums like the hammer of Thor!"

Thank you, Scott...

_____
Ada apa: Mungkin koleksi Manowar aku hanya setakat album Louder Than Hell saja kot...

Sepetang Di Latip's Collections


Entri kali ni ditujukan khas buat Muspeed.

Ahad (10/4/2011) - Hah, ni la dia Latip's Collections (Facebook page) yang aku sebut semalam. Ye, tak lain tak premis butik perkahwinan la beb, menyediakan perkhidmatan pakej perkahwinan bla bla bla...

Lokasinya terletak berhampiran dengan terminal bas Mukah (aku lupa alamat, nanti aku edit bila dah jumpa kad bisnesnya). Sejak sampai Mukah semalam, *ehem-ehem* aku tak sabar-sabar nak ajak pi naik butik ni.

Mula-mula aku melangkah masuk dalam butik ni, mata aku tertumpu pada "pasangan pengantin" ni. Gila beb, warna pink? Tak sanggup aku :D Hahaha! (Muspeed, hang sanggup ka?).

Lepas tu mulalah rambang mata nak memilih warna dan design baju pengantin. Bab pilih-memilih ni aku serah sepenuhnya kepada *ehem-ehem* aku, sebab kalau aku masuk campur pastinya aku nak semuanya warna HIJAU.

Dah mula pikir bukan-bukan.

Baju fesyen tradisional Melanau (un-accessorised).

Aku memang teringin nak bersanding pakai baju tradisional, tak kisahlah baju tradisional kaum apa asalkan eksotik. Kalau boleh nak pakai baju eksotik Elvish macam Lord Elrond dalam filem trilogy LOTR.

Tapi disebabkan *ehem-ehem* aku orang Melanau, ada baiknya aku mencuba baju tradisional Melanau, end-result mungkin seperti imej di bawah ni.

Imej link dari Facebook Latip's Collections.

Bermulalah sessi *trial and error, cuba mencuba baju yang ada. Gambar di sebelah kanan tu sekadar mencuba saiz baju, end-result may differ.

Dari apa yang aku perhatikan, harga pakej perkahwinan di Latip's Collections ni agak murah, berbaloi dan lebih banyak pilihan berbanding beberapa butik perkahwinan yang pernah aku survey di Bintulu nun.

*Gambar tuan punya blog mencuba baju tidak dapat disiarkan sebab semuanya sendat-sendat belaka (tadak saiz, nak kena alter sikit) hahaha!

_____
Ada apa: Sesak napas kontrol perut...

Ronda-Ronda Di Bandar Mukah (Part 2)


[Sambungan entri semalam] Tiba di Bandar Mukah dalam pukul 1.30 petang, disebabkan jalan Selangau-Mukah dah hampir 80% berturap (akhirnya), perjalanan dari Bintulu ke Mukah kini hanya mengambil masa dalam empat jam (juga bergantung kepada cara pemanduan, kalau tak sayang kereta mungkin tiga jam pun boleh sampai).

Golden Gate Bridge Jambatan Mukah.

Disebabkan sekarang musim berkempen pilihanraya, perang poster dan sepanduk dah mula rancak. Tapi keadaan di Bandar Mukah jauh berbeza daripada Bandar Bintulu. Kempen di Bandar Mukah agak hebat berbanding di Bandar Bintulu yang nampak macam ala kadar saja. Mungkin disebabkan Mukah merupakan kubu kuat BN (Ketua Menteri Sarawak bertanding di Balingian).

Sekadar gambar hiasan.

Waktu lalu depan Sugar Bun Mukah, aku ternampak sepanduk kreatif ni. Membuatkan aku sanggup singgah, kononnya nak snap gambar je... In the end, aku beli juga cheese burger untuk alas perut sebelum meneruskan perjalanan ke Dalat (another 30 minutes drive).

Setelah ronda-ronda hampir sejam di Bandar Mukah, cuci-cuci mata di premis Latip's Collections, then off we go to Kampung Tanam, Dalat...

_____
Ada apa: Latip's Collections?

Guitar Talk: Tanglewood Strat Copy


Tanglewood TSB 6 AW (arctic white) strat copy di bawah ni nampak mengiurkan, lebih-lebih lagi pasal warna putih + maple fretboard...

Harga pun boleh tahan, lebih kurang harga Squier tapi mahal sikit dari Craftsman (Checkout price at Music Master Studio).

Btw, aku bukanlah peminat gitar berbentuk strat (Fender Stratocaster copy), aku lebih meminati superstrat (Ibanez RG, Jackson Dinky, ESP/LTD Mirage and Horizon) dan singlecut (Gibson/Epiphone Les Paul, Ibanez ART, ESP/LTD Eclipse).

_____
Ada apa: Strat pengaruh Iron Maiden.

The Doubleness Of Moderate Distance Driver (Part 5)


Pukul 8.30 nanti aku akan memulakan perjalanan dari Bintulu (bersama *ehem-ehem*) menuju Mukah dan seterusnya ke Dalat.

Isnin nanti dah buat temujanji dengan Ahmad di JAIS Mukah dan Hakim Mahkamah Syariah untuk urusan *fasa ketiga Projek Mega 2011. Isnin lepas dah selesai urusan dengan Ahmad di JAIS Bintulu.

*Fasa ketiga = urusan birokrasi dan dokumentasi.

Gambar hiasan dari entri ni.

Dalam kesempatan yang ada, *ehem-ehem* ajak balik kampung untuk sessi musyawarah bersama ahli keluarganya mengenai fasa terakhir yang bakal berlangsung pada [spoiler, deleted] nanti.

Perjalanan menuju Mukah dijangka mengambil masa 4-5 jam, bergantung kepada keadaan jalan Mukah-Selangau (dah nak dekat pilihanraya ni harap-harap 80% jalan ladang tu dah berturap). Sebelum pi Dalat, nak singgah bandar Mukah dulu...

To be continued...

_____
Ada apa: Tak pegang gitar la aku dalam 2-3 hari nanti.

Ada Apa Dengan Line 6 POD X3?


Semenjak aku buat entri CK Music Stock Clearance Sale minggu lepas, aku mula terasa sedikit GAS untuk memiliki POD X3 "red bean" ni.

Yela, dari dulu memang aku berminat benda ni, tapi memandangkan harga pasarannya (ketika itu) lebih kurang harga sebuah RG, rasanya tak mampu berbaloi untuk aku memilikinya (baik beli RG kan?). Damn, RM11xx price-tag was hard to resist! Even Year End Sale (YES) price-tag was RM13xx.

Imej POD X3 link dari website CK Music.

"Legendary POD sound with turbo-charged features for guitar, bass & vocals" - hype printed on the POD itself.

Dan setelah mendapat info dari Bro Amizan of CK Music pasal stok POD X3 dah sold-out, jadi rasanya tak sempatlah aku merasa "bermain-main" dengan benda ni. Mungkin di premis-premis muzik lain (stok lama) masih ada jual kot?

Promo video from Line 6 - Aku suka fungsi "two rigs" pada POD X3 ni.

Dan kebiasaannya, bila CK Music buat clearance sale untuk stok barang-barang tertentu, pastinya barang tersebut tidak lama lagi akan diberhentikan produksinya (discontinued), macam POD X3 Live tahun lepas yang digantikan dengan POD HD.

Baru kejap tadi aku singgah sekejap di website rasmi Line 6, POD X3 "red bean" dah hilang! Digantikan dengan POD HD Desktop "black bean", damn! See what I mean?

Imej link dari website The Loop.

Rupa-rupanya POD X3 juga mengalami nasib yang sama seperti POD X3 Live, kedua-duanya digantikan dengan model HD terbaru. Dari segi fizikal dan fungsi rasanya "black bean" ni masih lagi sama macam "red bean", cuma mungkin ada tambahan teknologi HD dan beberapa drive/efek baru. More info please visit Line 6 website.

Tapi biasalah, barang baru harga pun pastinya masih baru... Coming soon in May 2011 (produk Line 6 untuk Musikmesse 2011 kot?). Btw, info untuk POD X3 (discontinued) masih ada di sini.

_____
Ada apa: That black colour looks awesome!

Ada Apa Dengan Headstock? (Part 5)


[Filler entry] Trivia untuk hari ni...

Epiphone Les Paul Standard?

_____
Ada apa: Epiphone lah pula?

Metallica - S&M


Sambungan entri S&M DVD tahun lepas, kali ni versi audio CD. Walaupun aku dah ada dua versi audio CD ni - versi ori tanpa inlay (melepak dalam Imago) dan versi Petaling Street (ada di kampung), namun atas dasar pengumpul (collector) wtf aku beli lagi satu dari eBay, hehehe...

Dan pagi tadi, aku menerima bungkusan dari UK berisi tak lain tak bukan, album live Metallica - S&M.

Disebabkan pada sampul bungkusan ni ada logo CD (lihat gambar di atas), secara automatiknya ia akan menjadi sasaran untuk pemeriksaan Bahagian Kawalan Filem, KDN. Tapi ni kira kali pertama bungkusan yang aku terima dari UK diperiksa oleh KDN.

Mungkin pegawai-pegawai KDN yang buka bungkusan aku ni mengeluh "alaaa... Metalika, aku ingatkan video seks DSAI, kalau setakat Metalika, kat Malaysia pun ada jual".

eBay purchase info

  • Purchased from: saffronjones77
  • Location: UK
  • Condition: used
  • Price paid: £5.01+1.99 (RM35.55) menang bid
  • Ordered: 21/3/2011
  • Received: 6/4/2011
  • Label: (P)(C) 1999 Metallica
  • Publisher: Universal Music B. V.
  • Made in: EU

Walaupun berstatus used, jewel case dan inlay pun dah nampak seasoned, tapi kedua-dua CD di dalamnya masih terjaga. Lebih kurang macam kondisi CD Garage Inc.

Seal rasmi pemeriksaan KDN.

Pasal album ni tak payahlah rasanya aku nak buat ulasan, sama je macam dalam entri S&M DVD tu. Ada yang suka, ada yang tak suka, dah jadi asam garam muzik Metallica. Well, this one is a tribute for you Mr. Michael Kamen (RIP).

[Entri Mini] RIP Scott Columbus

Dunia Metal kehilangan seorang drummer yang "ganas", legendary Scott Columbus (ex-Manowar) yang meninggal dunia pada 4/4/2011.

Imej link dari website Noisecreep.

"Scott Columbus, Rest In Peace
Tuesday - April 05, 2011

It is with great sorrow that we announce the passing of our brother Scott Columbus.

Scott Columbus was a rare talent and equally a rare individual.He was a father, a friend and a brother of metal.

All of the great moments we spent together in the studio, in our homes and on the road are burnished in our hearts and memories forever.

These words are spoken with heavy hearts but we have the comfort of knowing that he is in a good place and at peace.

He will never be forgotten.

Your family and brothers,
Joey, Eric, Karl, Donnie

And all at Magic Circle Music."

- dipetik dari website rasmi Manowar.

Thank you Scott (and Manowar) for making me who I am today - a proud Metalhead. Tanpa muzik Manowar (and of course, your earth shattering drums), mungkin aku masih lagi layan muzik MLTR, Boyz II Men, Mariah Carey, Celine Dion, dll awal 90an dulu.

"He pounds his drums like the hammer of Thor!"

_____
Ada apa: Sedang menunggu album Sign Of The Hammer dari Rock At Large.

Fasa Ketiga Projek Mega 2011 (Part 2)


[Filler entry] Selamat menyambut bulan April 2011 (tak terasa dah masuk bulan April rupanya). Bulan lepas aku ada buat entri yang lebih kurang sama, sebab tu ayat intro pun lebih kurang sama je...

Luar kawasan? Aku nak kahwin di Ostorlia.

Dah mula masuk fasa turun-naik JAIS Bintulu menguruskan hal-hal dokumentasi, minggu depan pula bakal turun-naik JAIS dan Mahkamah Syariah Mukah. Mahkamah Syariah? Apakehe? Bukan pasal kes tangkap khalwat ke apa, tapi nak dapatkan kebenaran Wali Hakim, sebab *ehem-ehem* aku saudara baru ;)

Muspeed, tu yang aku habaq kat hang hari tu yang aku terpaksa tambah satu step lagi...

_____
Ada apa: Err... Sekarang kan zaman IT, tak boleh berurusan online ke?

Blind Guardian - At The Edge Of Time


Album ni dah agak lama aku terima, awal bulan Februari dulu (waktu tengah sibuk dengan persiapan nak pi konsert Iron Maiden Singapore) bersama-sama album Time To Be King. Album terbaru (9th studio album) Blind Guardian iaitu At The Edge Of Time (Wiki).

Kebelakangan ni, cover art album Blind Guardian mesti ada naga.

eBay purchase info

  • Purchased from: fastdecision777
  • Location: UK
  • Condition: used, like new
  • Price paid: $5.99+8.00/2 (RM31.49) menang bid
  • Ordered: 9/1/2011
  • Received: 10/2/2011
  • Label: (P)+(C) 2010 Nuclear Blast GmbH
  • Made in: Germany

Tracklist

  1. This World Is Sacred
  2. Tenelorn (Into The Void)
  3. Road Of No Release
  4. Ride Into Obsession
  5. Curse My Name
  6. Valkyrie
  7. Control To Divine
  8. War Of The Thrones
  9. A Voice In The Dark
  10. Wheel Of Time

Secara peribadi, album ni lebih mengancam berbanding album sebelum ini A Twist In The Myth, yang memang susah aku nak digest.

Lagu pertama The World Is Sacred yang agak epik, mengetengahkan unsur-unsur Orchestral dan Melodic Metal (macam bunyi Nightwish la pula), with whooping 9:19 playtime! Yang kononnya ditulis khas untuk PC game Sacred 2: Fallen Angel.

Lagu-lagu seterusnya adalah vintage Blind Guardian yang kebanyakkannya adalah diilhamkan dari novel-novel fiksyen dan fantasi, with Kürsch's legendary voice and Olbrich/Siepen signature guitar trade attacks. Blind Guardian juga tidak melupakan akar-umbi mereka signature bardic sound yang rata-ratanya diketengahkan dalam lagu Curse My Name. Lagu Wheel Of Time pula tepu dengan unsur irama padang pasir, aku rasa lagu ni sesuai kalau masuk dalam PC game Prince Of Persia hehehe.

Koleksi album studio Blind Guardian aku kini hanya kurang dua album saja lagi - Tales From The Twilight World dan Somewhere Far Beyond.

_____
Ada apa: Juga sedang mencari album Live.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (67) 58 explorer (10) ac/dc (6) adiwira (12) adrian smith (13) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (121) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (48) anniversary (63) art200 (3) artis tempatan (117) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) avril lavigne (3) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (53) bara studio (3) barbican (4) bass talk (28) bbw2013 (6) bc rich (7) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (11) bill lawrence (7) bintulu (243) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (18) blades (2) blaze bayley (21) blind guardian (20) blogging blues (43) blu-ray (2) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (45) botb (17) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (14) bruce dickinson (21) buku/majalah (48) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (23) canon (2) ccr (1) celcom (6) charvel (50) children of bodom (18) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (59) console games (5) converse (2) cort (44) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (25) dalat (17) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (24) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (88) dean (26) dean markley (3) def leppard (1) digipak (30) digitech (19) dimarzio (29) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr strings (14) dr1432h (20) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (61) earth hour (14) ebay (223) ec-256 (24) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (74) electro-harmonix (23) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (12) emo (184) energy drinks (27) entwistle (6) environment (38) epiphone (89) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (132) estock (69) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (12) family (38) fear factory (3) fender (15) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (8) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (13) footwear (1) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gartb20 (11) gary moore (2) gas (119) gator (9) gax010ltd (9) ghs (16) gibson (14) gig (69) gigrig (7) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (14) grg270 (25) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (47) guitar talk (63) guitar/bass (617) hammerfall (12) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (5) headstock story (25) hennessey (7) hepi;) (54) herbal tea (4) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (34) hotel/resort (25) ibanez (176) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (4) iron maiden (132) irt-pulse (1) isu semasa (225) j5 (2) jackson (30) jamming (121) jamtank (21) jim dunlop (50) joe satriani (10) jotb (13) joyo (17) jr (5) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (1) kamelot (18) karisma (4) kaset (31) kawan (255) kazanna (1) kempen (34) kerja (72) kerly (2) kesihatan (35) keychain (8) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (5) king diamond (17) kkdn (6) koleksi (277) konsert (81) kopi (16) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (28) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (15) lawas (3) lazada (10) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (36) lil (26) limbang (5) limited edition (12) line 6 (37) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (74) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (321) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (20) marigold (1) marshall (18) martial arts (3) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (10) mastodon (6) may (6) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (53) melaka (11) membakut (41) memori (297) mercyful fate (10) metallica (71) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (50) miri (16) misfits (1) modtone (7) moen (11) moody monday (9) motorhead (9) movie (48) mrs (56) mug (2) mukah (19) mup (98) music bliss (6) music master (40) music nomad (1) muuv (51) mxr (8) my music (7) nanasmania (25) nat-geo (4) nestle (18) new album (27) new gear (156) newsted (1) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (60) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (23) of string (17) oishi (5) oktoberfest (7) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (9) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (46) pc stuff (27) pc talk (12) peavey (21) pedal/stompbox (267) pedaltrain (13) penang (32) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (10) pic of the day (46) pick (50) pickups (95) planet waves (7) playstation (7) pm2011 (18) pod hd300 (12) pod x3 (17) pokka (11) popomania (6) post-apocalypse (12) pqot (4) preamp (5) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (4) radin music (38) radio (3) rajinikanth (3) ramadhan special (60) ramli sarip (2) randall (4) rare (88) ratm (1) reco (24) recording (11) reg studio (8) restring therapy (42) revamp (2) rg331m (2) rg350m (14) rhoma irama (4) ribena (4) rock at large (11) rocktron (6) roland (16) rotosound (4) roxette (1) roy z (7) rp360 (5) sabahan (18) samson (4) samsung (4) sandman guitar (6) saxbys (3) schecter (1) search (15) seymour duncan (18) sibu (6) sick puppies (6) signboard (11) silica gel (5) silvia (5) singapore (47) single/ep (5) sipitang (1) sit (2) snark (9) so-cal (47) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (6) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (10) sr300 (22) stagg (12) star wars (10) stewmac (2) sticker (6) strap (10) strings (83) strings by mail (1) sudirman (3) sukan (15) sundrop (2) sungai (10) super album (87) superlux (2) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (31) takamine (5) takstar (2) tamil (11) tanglewood (9) tarot (15) tech21 (1) telecaster (7) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (3) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (6) top 5 (3) tour de brunei (42) trade (17) transformers (4) travel (119) tribute (39) trivium (4) tsb6 (6) tuner (30) tv (30) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (66) warwick (11) wasp (2) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (2) wonda (2) wordless wednesday (219) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (32) xpdc (5) yamaha (4) yeos (4) yNot (21) yogurt (6) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (97) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger