[Filler entry] Ada aku cerita sikit-sikit dalam entri zakat fitrah tahun lepas.
Pagi tadi Tabung Baitulmal Sarawak ada buka kiosk/kaunter zakat di opis aku, buat sikit taklimat pasal zakat pendapatan. Aku tak tau di negeri-negeri lain ada atau tidak skim zakat potongan gaji seperti yang dibuat oleh Tabung Baitulmal Sarawak ni (rasanya geng-geng bloggers di negeri lain boleh bagi sedikit info).
Bab-bab zakat ni rasanya tak payahlah aku nak ulas, baik serahkan pada yang pakar dan berilmu untuk mengulasnya dengan lebih lanjut. Macam aku yang agak kurang ilmu ni cuma nak berkongsi sedikit info.
Tapi alhamdulillah, sejak 2008 aku dah isi borang kebenaran skim zakat potongan gaji ni. Bayar zakat pendapatan potong daripada gaji tiap-tiap bulan.
Info lebih lanjut sila layari website Tabung Baitulmal Sarawak.
_____
Ada apa: "Hari ini Tuan Sadiq Segaraga ingin memberi zakat..."
3 komen:
dari aku bayar income tax..baik bayar zakat pendapatan...tapi tu la..keje swasta cam aku mana ada kemudahan potong2 gaji ni...macam la HR nak buat...
kena inisiatif sendiri la...lagipun kan boleh tolak income tax...err..income tax ko dah submit lum?...
berteromber:
dgn pendapatan semasa aku yg xseberapa ni, mmg "xlayak" utk byr income tax :)
bagus cam gini..
Post a Comment