Entri sempena Earth Day 2011.
Dari apa yang aku perhatikan gelagat pengguna malahan pekedai di sekitar bandar Bintulu pada hari Sabtu tiga bulan pertama, kempen "Hari Sabtu Tanpa Beg Plastik" ni seoalah-olah tidak diendahkan. Kecuali beberapa pasaraya kecil, kedai runcit dan kedai mini stesen minyak yang memang "tegas" dalam melaksanakan kempen ni.
Apa guna ada poster besar (seperti gambar di bawah) di depan kaunter cashier, kalau cashier sendiri dengan selambanya tarik beg plastik tanpa bertanya pembeli "ada bawa beg sendiri tak?" pada hari Sabtu.
Tapi sejak minggu lepas, pasaraya besar tersebut mula menunjukkan "ketegasan" dalam berkempen. Siapa yang tak bawa beg sendiri akan dicas 20 sen untuk sehelai beg plastik (mungkin premis-premis lain dah lama buat opsyen ni). Tapi aku rasa, pembeli sanggup bayar 20 sen daripada bawa beg sendiri.
Nak lagi tegas rasanya jangan bagi terus opsyen bayar 20 sen tu. Kalau nak juga, beli "beg hijau" tu terus yang rata-ratanya berharga RM3.00 atau bawa barang-barang yang dibeli tadi dengan tangan kosong. Teringat aku zaman Makro kat Sungai Dua (Penang) dulu yang sekarang dah jadi Tesco.
Aku dipahamkan bandar-bandar lain di Sarawak seperti Miri dan Sibu, sememangnya dah lama buat kempen "Hari Tanpa Beg Plastik" ni pada hari-hari tertentu, lama sebelum kempen oleh KPDNKK dilaksanakan.
Satu babak di depan pasaraya [dot-dot] petang semalam...
EE: Aik? Kenak kitak sik embak beg *bilem Air-Asia dalam kereta ya?
Aku: Sikpa, hari tok Jumaat, bukan Sabtu (kebetulan cuti Good Friday, terasa macam hari Sabtu).
EE: Sik semestinya hari Sabtu jak berkempen ya, perlu juak dipraktikkan hari-hari lain. Kitak tok nama jak "environmentalist" tapi Earth Day hari tok pun sik tau...
Aku: Eh? [aiseh, malunya aku~]
Bab punch-line "environmentalist" tu memang aku terkena bulat-bulat point-blank shoot, nah hambik nko! Btw, aku memang sediakan satu atau dua beg membeli-belah (shopping bag?) dalam kereta, kalau-kalau aku terlupa nak bawa dari rumah pada hari Sabtu.
*bilem = hitam (Melanau)
_____
Ada apa: Awat kempen Earth Day 2011 kurang publisiti? Sampai aku sendiri pun tak tau terlupa.
7 komen:
aiyaa...mei taau laus ko kanah melanau dalat ih... taau jimit jimit, mudip melanau!! this is madness
korawk:
mmg madness! org melanau dalat pun xphm apa ko tulis... slang melanau igan kah tok?
haha, ya slang melanau matu(my family originally from Daro) .. kalau melanau igan lain lagi bunyinya
korawk:
melanau dalat pun aku masih fail, inikan pula slang2 daerah lain
dah tinggal di Dalat komfom dapatla belajar bahasa melanau di daerah Mukah dan sewaktu dengannya, macam aku, walaupun melanau, tapi x berapa fasih bila diembak kelaka melanau benar2
sik faham~
Post a Comment