Petang semalam *ehem-ehem* ajak pi Jaz Design. Jaz Design ni merupakan perekabentuk grafik (graphic designer?) yang agak popular di Bandar Bintulu ni selain Oil-Town Signcraft, Q-Design dan Ah Chew.
Ruang pejabat/kerja yang agak selesa dan "millennium-touch", dengan skrin LCD besar di dinding supaya pelanggan dapat melihat apa yang sedang "dilukis" oleh Jaz menggunakan Abode Illustrator (in real time) tanpa menjenguk pada skrin PC yang satu lagi (memang kurang selesa kalau pelanggan ada di belakang kita sambil jenguk apa kita buat, aku tau sebab aku pernah mengalaminya dulu-dulu).
Antara contoh-contoh hasil kerja Jaz (kecuali air minum tu la).
Jaz Design merupakan syarikat Bumiputera yang berpengalaman dalam merekabentuk dan mencetak kad, banner, bunting, risalah, carta organisasi, cenderamata dan apa sahaja yang perlukan sentuhan grafik...
Sebenarnya Jabatan aku pun selalu berurusan dengan Jaz Design ni kalau-kalau ada nak tempah apa-apa barangan yang memerlukan grafik dan cetakan profesional. Aku tak jumpa website atau Facebook page Jaz Design ni, kalau ada boleh juga aku letak link di sini.
_____
Ada apa: Eh, kad?
1 comment
selamat mengabihkan duit ;)
Post a Comment