Suatu ketika dulu aku pernah tengok video ni dalam entri blog krenmaut. Best juga kalau ada jamming (cum recording) studio macam ni...
Lupakan sejenak studio Iron Maiden yang canggih dan mahal tu, kembali ke alam nyata...
Kebelakangan ni dah agak susah nak jamming di Hepi ;) makeshift studio atas kekangan-kekangan keluarga (tak dapat nak jamming sampai tengah malam macam dulu-dulu), equipment (PA system rosak) dan birokrasi (bilik selalu digunakan untuk analisis di hujung minggu - it's a scientific instruments room in the first place).
Alternatif lain ialah untuk jamming di studio sewa, di bintulu ni aku dengar-dengar (daripada rakan-rakan seperMetalan) ada sebuah lagi studio jamming yang baru dibuka namanya K-Jamm Studio.
Imej link dari Facebook MUUV.
Kini kugiran-kugiran tempatan di Bintulu tak kira apa genre (contohnya Hepi ;), Metuk Ulau Projekt, Korawk Band) mempunyai pilihan lain untuk jamming selain Amazika dan Z Studio. Hujung minggu ni nak survey equipment apa yang ada di K-Jamm Studio, adakah lebih "advance" berbanding Z Studio?
Seperti yang ditonton dalam entri Geng Kereta Sapu.
Kadang-kadang aku malu tengok video ni ;)
Kalau ada rezeki dan tempat yang tetap, teringin juga nak buat studio macam studio Wings dalam VCD Teori Domino Revisited Jamming Session. ataupun macam Flying Rock Studio (Kuching) ni...
Kalau ada tempat macam ni (ruang yang luas), beranilah juga nak beli half-stack amp (jenama/model apa?) hehehe...
_____
Ada apa: Pi mai pi mai tang tu akhirnya guna Micro-Cube juga...
0 comments
Post a Comment