Jadi malam semalam (21/12/2012) aku mengambil keputusan untuk menggantikannya dengan Plasma-RS1 neck/mid (rail-humbucker in singlecoil size) yang ada dalam simpananku. Ini merupakan pertukaran pikap yang keempat untuk Mirage.
Saiz kaviti singlecoil pada Mirage aku agak tirus dan sempit, aku terpaksa mengikis tapak plastik Plasma-RS1 ni supaya muat seperti kes mula-mula pasang Plasma-1/VR-1 dahulu. Proses mengikis dilakukan secara berhati-hati supaya penghujung lingkaran dawai konduktor kuprum pikap tidak terputus.
Tapi malangnya, walaupun sudah dikikis secara berhati-hati namum ia tetap tak muat pada kaviti pikap terutama pada bahagian bucu bulat pikap. Agak mustahil untuk aku meneruskan proses mengikis tapak plastik Plasma-RS1 ni tanpa merosakkan dawai kuprum tadi. Mau tak mau, aku terpaksa membatalkan projek ni.
Agaknya saiz kaviti singlecoil pada gitar LTD hanya muat untuk pikap ESP LS-120 atau Seymour Duncan sahaja kot? (Sebab ESP/LTD geng dengan Seymour Duncan, macam Ibanez geng dengan DiMarzio).
Untuk melepaskan geram, aku memasang pikap Bill Lawrence L-500XL yang diperolehi dari Nonuz bulan lepas secara tunggal (solitary) ala Jackson RR24 atau ESP/LTD Alexi-series. Ruang-ruang kaviti singlecoil dan lubang suis lima arah ditutup dengan pita penebat buat sementara waktu.
Mungkin aku akan mencuba Bill Lawrence L-250 untuk singlecoil (harap-harap muat) kalau ada dana-dana lebihan 2012 nanti.
Disebabkan aku memasang L-500XL ni secara tunggal untuk sementara waktu, jadi aku menggunakan sambungan sebegini supaya tidak menyusahkan diri sekiranya ingin menambah pikap neck/mid kelak ataupun menggantikannya dengan pikap lain (kes bosan).
L-500XL = bunyi agak "liar".
_____
Ada apa: I guess, I'm not into singlecoils after this...
1 comment
bunyi agak liar? Wow!™
Post a Comment