Dipesan secara "joy-buy" kerana hanya berharga US$5.80 (RM19.28) termasuk pengeposan percuma. Untuk sekeping pickguard 3-ply HSH black pearl, ia boleh dikatakan agak murah berbanding harga pasaran tempatan (dalam kategori cap ayam).
Pada mulanya dipesan untuk dipasang pada Calypso (Charvel So-Cal Style 1 HH) aku, supaya dapat menggunakan ketiga-tiga pikap DiMarzio HSH (Air Norton, Blue Velvet, Super 3) yang ada dalam stok peribadi.
Tapi selepas menekapkannya pada pickguard asal, walaupun kedudukan skrunya (11-screw type) adalah sejajar, tapi masih ada beberapa isu yang perlu diatasi;
- Kedudukan lubang untuk pikap bridge agak ke belakang, harap ia masih sejajar dengan kaviti pada badan gitar.
- Pickguard perlu dipotong sedikit di bahagian bridge, kerana ukurannya adalah untuk bridge jenis synchronized tremolo dan bukannya untuk jenis Floyd Rose yang lebih lebar.
- Sedang dalam proses mengumpul dana-dana untuk *projek yang lebih penting, beberapa gajet (pedal, aksesori, alat ganti) yang tidak digunakan kini dalam proses penyingkiran (aka "let-go").
- Pickguard ni pun kosnya tak sampai RM20, kalau tak jadi guna pun boleh dimasukkan dalam perkara (1) di atas.
- Biarlah Calypso ni dalam keadaan asal - stock configuration.
Ada apa: *Dengan istilah "gali-lobang-tutup-lobang" yang lebih mesra.
0 comments
Post a Comment