part 2 - brunei darussalam
slps meniggalkan imigresen malaysia, aku menuju border... once cross border, masuk area pos imigresen sungai tujuh belah brunei plak. sblm smpi imigresen tup2 ada khemah besar warna putih ada signboard "berhenti, pemeriksaan kesihatan" aku dah agak dah ni mesti saringan influenza A H1N1 (selsema babeng!). park kereta kat tepi, pi khemah tu dorg bg borang soal-selidik (tanya pasal demam, selsema, etc2) then dorg suruh masuk khemah check suhu... dan ofkos aku melepasi saringan kesihatan tu dgn cemerlangnya :)
oke, continue pi imigresen brunei. lps cop passport, bbrp meter kat dpn pos imigresen brunei, ada pos jabatan kastam dan eksais diraja brunei plak. kat sini kita mintak "borang masuk sementara bagi kenderaan persendirian dan perniagaan" aka borang kastam. dlm borang ni kita akan isi maklumat kenderaan; no. casis, no. enjin, make, model & tarikh mansuh insurans. wlupun borg ni cuma valid 30 hari, tapi disbbkn dorg akan isi maklumat secara on-line, utk menjimatkan masa isi borang baru (jimat kertas) kita blh guna borang lama sbb kat borang tu ada no. rujukan online yg dorg bleh trace/access database rekod perjalanan kita terdahulu, and then dorg akan baharui expiry date. klu bernasib baik, brader awang kastam tu tanya biasa2 je brg apa yg kita bawa (suatu kelebihan bg mereka yg pandai bekurapak brunei)... klu kena time dorg dtg bulan, siapla dorg suruh bukak bonet check brg
bbrp km drp border ada satu stesen minyak shell, dulu2 aku slalu isi kat sini dlm B$15.00 kompom full tank imago aku sbb petrol dorg B$0.50/liter = RM1.25/liter (waktu tu petrol kat m'sia RM1.95) skrg ni xguna kalau isi minyak kat sini sbb dorg dah bg rate lain klu kereta bkn plate brunei B$1.16/liter = RM2.78/liter ikut hrga petrol m'sia dulu RM2.70 (petrol kat m'sia skrg xsampai pun RM2.00/liter)
slps melalui jmbtn rasau (bbrp km drp stesen shell) kita akan jmpa tol jmtn rasau, sprti namanya tol ni adalah tol utk lalu jmbtn rasau. org kata dulu2 sblm ada jmbtn ni kita kena naik feri kat kuala belait. utk motokar setiap laluan akan dikenakan tol sbyk B$3.00
drp signboard dlm pic kat atas, kita akan bergerak melalui highway brunei yg mcm PLUS (aku gelar autobahn sbb byk kereta memecut kat highway ni) sehingga ke area tutong around 60km. nak teruskan ke jerudong pun blh
around 60km from border kena buat U turn kat highway sbb nak masuk simpang belah kanan menuju lamunin melalui jln tanjung maya, klu xnak U turn, jln straight smpi jerudong pun bleh tapi rugi dlm 1 jam perjalanan, sbb lalu jalan lamunin ni walaupun jln biasa (jln kampung) tapi sbb shortcut lg cpt sampai ke pos imigresen seterusnya - kuala lurah/tedungan (bertanda B kat dlm peta google)
smpi je kat area pekan lamunin aku stop by kat stesen minyak shell, bkn nak isi petrol cuma nak pi toilet (dulu slalu jugak aku isi petrol kat sini klu xisi kat shell boder tu) toilet stesen ni mmg kunci, klu nak guna kena pi mintak kunci kat kaunter dgn bayaran B$0.20 per entry (per entry bukan per head, maknanya klu kencing/berak beramai2 pun ttp B$0.20 selagi kita xpulangkan kunci kat kaunter)
selepas melalui area lamunin, kita akan berjumpa dgn 1 simpang menuju ke arah kg. limau manis, trademark simpang ni ada sebuah kilang papan, jln ni mmg sempit ngam2 blh muat 2 buah kereta je, jln kmpg la katakan. bbrp meter lps masuk jln ni ada jmbtn kecik (pic bwh), kat sini kita akan diuji tahap kesedaran sivik & budi bahasa kita di jln raya... maksud aku, cuma sebuah kereta je bleh lalu jmbtn ni dlm satu masa, so phm2 la... sblm smpi pos imigresen, kita akan melalui 2-3 jmbtn yg lbh kurg sama
setibanya aku kat pos imigresen kuala lurah dlm 1200hrs (lbh tpt 1157hrs) aku berasa syukur sbb jln xjam, slalu2 klu balik time perayaan pos ni mmg sesak dgn kenderaan. aku pnh stuck dlm jam selama 3 jam (waktu balik raya haji 2006), tensen gila! klu stuck dlm 1 jam tu xpela sgt, acceptable... tp kali ni xsmpi pun 10 minit dah setel. pos imigresen dan kastam brunei ni cuma ada 2 lorong, ni yg mmbuatkan kesesakan lalulintas setiap kali musim perayaan atau musim cuti. kebiasaan org2 brunei ds akan bercuti ke sabah
bbrp meter slps pos imigresen kuala lurah (brunei), kita akan jumpa pos imigresen tedungan (malaysia) secara rasminya kita dah cross border dan telah smpi ke daerah limbang, sarawak. pic kat bwh ni pos imigresen yg lama, last time aku lalu bln januari thn ni still beroperasi... tp kali ni dah xde org dah. maknanya dorg dah guna pos imigresen baru
welcome to limbang! kat dpn ni merupakan kompleks CIQ (ntah aku pun xpasti apa maksud CIQ) jtbn imigresen m'sia, tp yg pastinya komplesk imigresen (dan kastam ni) mmg besar... 3 lorong pemeriksaan imigresen setiap laluan (+1 utk emergency)
pembinaan kompleks ni bermula seawal 2006, aku tau sbb waktu mula2 aku lalu tmpt ni dorg still piling. dan skrg 2009 kompleks ni mula beroperasi 100% dgn harapan kesesakan lalulintas semasa cross border dpt dikurangkan dan pemeriksaan imigresen dan kastam dpt berjln dgn lancar. but i wonder, klu imigresen m'sia ada 3+1 lorong, tp imigresen brunei still 2 lorong... in the end it's still a bottle neck! aku xnmpk pun apa2 perkembangan utk membesarkan atau meluaskan pos imigresen di sebelah brunei sana. dorg xpnh terfikir ke rakyat dorg antara yg plng byk cross border tiap2 kali waktu perayaan & cuti
lps je cop passport, kat kompleks imigresen ni aku ada nmpk lg saringan kesihatan influenza A H1N1 utk m'sia pulak. aku berenti kejap tanya kat pegawai kesihatan tu aku perlu check x? dia kata kalau aku dr miri (or bintulu) xpyh sbb kat border brunei mmg dah check... kecuali klu aku dari brunei or dari s'jung (atau baru blk dari s'jung) barulah dorg check. so, tanpa mmbuang masa, aku teruskan perjalanan... off we go to limbang!
to be continued...
_____
p/s: journey aku kali ni kira berjalan dgn lancar
2 komen:
suka pic2 yg ade awan..best!
kt nottingham xde awan kumulunimbus?
Post a Comment