Khamis 27/5/2010, lepas bayar bil kat TM Point (Medan Raya Bintulu), sebelum aku menapau nasik mamak (ala-ala nasik kandaq) kat Kamil Cafe, aku ternampak banner ni...
Petang tadi baru aku berkesempatan snap gambar ni.
Music instrument showroom, OPENING SOON... Yang tulisan Cina tu aku tak paham tapi mungkin mempunyai maksud yang sama. Ini sudah kira bagus! Ada lagi sebuah kedai/showroom/premis alat muzik bakal dibuka di Bintulu (selain Zoso Music dan Fotomax Colour Lab).
Aku akan ikuti perkembangan lanjut premis ni dari masa ke semasa sehingga ia dibuka dengan rasminya...
_____
Ada apa: Tapi kalau harga instrument masih sama "cekik leher" macam kedai lain, tak guna jugak...
1 comment
kalau dah nama musician, pantang tengok kedai instrument, kan bro...!
Post a Comment