Asyik-asyik Bundaberg je kan? Kali ni jumpa satu lagi minuman ringan ala Australia (seperti dalam entri krenmaut ni) iaitu Bickford's. Aku jumpa minuman ni kat Farley, cuma ada dua perisa sahaja yang ada dijual kat Farley iaitu sarsaparilla dan creamy soda (275ml) dengan harga RM4.20 sedikit mahal daripada Bundaberg (RM3.40-3.80).
Heh, sekali tengok nampak macam botol liquor kan?
Macam mana rasanya? Sarsaparilla ni agak unik sebab kurang manis dan kurang berkarbonat. Kalau dibandingkan skala kemanisan dengan sarsi F&N (10/10) atau sarsaparilla Bundaberg (8/10), aku rasa manisnya dalam skala 6/10. Ia jugak agak sedap kalau diminum tanpa disejukkan (warm and flat), jadi amat sesuai dibawa semasa travelling atau aktiviti luar. Cuma harganya saja yang kurang menarik, biasalah barang import. Nanti nak cuba creamy soda pulak...
Maklumat lanjut boleh layari website rasmi Bickford's Australia.
_____
Ada apa: Waktu aku bayar kat cashier, pakcik kat belakang aku tengok aku semacam je... Apa dia ingat aku beli arak ke?
3 komen:
betul hg cakap bickfords ni kurang manis dari bundaberg, jadi aku kureng sket. apa2 pun bundaberg tetap pujaan hatiku!
wanwarlock:
bickford's ni menang tang botol... mmg kult bentuk botol dan labelnya
rasa pedih2 hidung bila minum bundaberg gingerbeer mmg xbleh lawan hahaha...
Kecenderungan ni.....
Post a Comment