Lagi entri pasal keychain dan One Piece. Kalau entri minggu lepas cerita pasal keychain katana Roronoa Zoro yang bernama WadÅ Ichimonji, kali ni dua lagi katana Zoro iaitu Sandai Kitetsu dan Yubashiri.
Kedua-dua keychain ni aku beli semalam di premis Comic Ace, Wisma Sanyan, Sibu (tempat yang sama aku beli WadÅ Ichimonji dulu) dengan harga RM12.88 per keychain. Macam mana nak bezakan antara kedua-dua katana ni?
Sandai Kitetsu, dengan tsuba bulat yang lebih decorated berbanding tsuba WadÅ Ichimonji. Antara kesemua katana yang ada dalam siri One Piece, aku paling suka design tsuba Sandai Kitetsu ni.
Sandai Kitetsu, imej link dari One Piece Wikia.
Tsuba Yubashiri yang berbentuk palang (cross).
Yubashiri, imej link dari One Piece Wikia.
Dengan adanya Sandai Kitetsu dan Yubashiri, ketiga-tiga keychain katana Zoro termasuk WadÅ Ichimonji kini telah aku miliki. Tapi dalam siri One Piece, Yubashiri telah mengalami kerosakan teruk dalam episod Enies Lobby, ia "dikuburkan" dalam episod Thriller Bark. Dan kemudiannya digantikan dengan Shuusui selepas menewaskan Samurai Ryuuma (pemilik asal Shuusui).
Err... Apa kejadahnya aku merapu pasal episod-episod One Piece pula ni?
Imej Zoro di sebelah kiri link dari One Piece Wikia.
Next target - Kokutou Yoru.
_____
Ada apa: Aku sememangnya meminati pedang terutamanya kelas katana, sabre dan scimitar.
3 komen:
Aku tak tau pun pasal apa yg ko cerita tu. Pasal pedang tu, aku tau la sesikit...kalau Katana jenama moto tu aku tau!!
kawasaki katana? suzuki katana? yg mana satu?
tajam jugak la keychain ni..
takut tercocok
Post a Comment