Dari entri yang lepas pasal Bundaberg burgundee creaming soda, kali ni kita downgrade pi krim soda murahan cap itik (atau cap sesuka hati pengilang tempatan). Selain krim soda, terdapat juga perisa lain seperti kola, sarsi, lemon, oren, strawberi, ceri, dll. Kat kampung aku ia lebih dikenali sebagai laminit, derived from the word lemonade (sebutan orang kampung).
Bagi sesetengah daripada kita yang membesar dalam era 80an (terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman), pastinya botol ni mengembalikan nostalgia silam. Bukan senang nak dapat minuman ni dulu, apatah lagi Coke, Pepsi, 7-Up, Sprite, F&N yang boleh dikategorikan sebagai minuman premium.
Tak lupa juga memori mencari botol kosong untuk dijual semula di kedai runcit atau pusat pengumpulan botol kosong, waktu tu belum ada istilah kitar-semula (recycle). Dapatlah 5-10 sen sebotol.
Rasanya? Ntah, krim sodanya agak sintetik, mungkin lebih perisa tiruan kot? Tak sama macam yang kita minum suatu ketika dahulu. Btw, sebotol ni harganya cuma 90 sen sahaja... Tak jauh beza berbanding 20-25 tahun yang lepas, waktu tu kalau tak silap harganya dalam 30-50 sen, botol mega mungkin mencecah RM1.00 (yang ketika itu nilainya agak besar).
_____
Ada apa: Aik?
4 komen:
dah try minum float dengan aiskrim?
Jenis camni selalu ada masa kematian kat tempat aku. Jamu kat masjid. My favorite nenas...
abg ben:
yg tu mmg slalu... plng best klu guna eskrem raspberry ripple
mhagnoth:
aku suka sarsi, sbb rasa sarsinya lain drp lain - boleh lawan sarsaparilla bundaberg hahaha~
ha ha, kalo aku tengok botol ni, terkenang semasa aku kerja kat NK aerated ( kilang krim soda di Sibu ) pada tahun penghujung tahun 1998 , lepas sekolah la, walaupun gaji x seberapa masa tu, tapi perut kembung hari hari minum krim soda ha ha, siap tauke kilang suruh tapau bawak balik rumah. zaman tu masih guna botol kecik (standard size) tapi skang, cuba perati betul2 botol apa diorang guna, pastinya ada jenama Carlsberg, heineken ( kes kilang malas nak recycele botol ).
Post a Comment