[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #23]
Malam tadi sementara menunggu tarikh bertukar menjadi 9/11/2010, sempat jugak google macam mana suasana dalaman Singapore Indoor Stadium, saja nak pastikan kedudukan yang bakal aku tempah dapat view yang menarik dan berpatutan dengan harga tiket.
Oke, tak payahlah nak kempenkan tiket Pen A kat aku, terus-terang aku cakap aku tak mampu. Kena pikir pasal nak upgrade passport lagi, tempah tiket Air-Asia lagi, penginapan lagi, itu semua duit. Aku peruntukkan bajet dalam RM1.5k sahaja untuk konsert ni. Kalau aku tadak projek mega, memang aku dah join korang-korang yang dah tempah tiket Pen A.
Imej link dari blog notes from the lion city.
Imej link dari blog Regentville Tennis Singapore.
Imej link dari website Tomorrow.sg
Kalau tengok gambar dan bandingkan dengan layout tiket Sistic, boleh tahan jugak luasnya. Kalau sapa-sapa ada DVD Flight 666, aku rasa ada persamaan macam waktu show kat Monterrey, Mexico (lagu Wasted Years).
_____
Oh btw, aku merapu-rapu ni lupa nak bagitau... Tiket sudah ditempah (tapi tiket yang cikai je). Walaupun terpaksa berhempas pulas hampir 40 minit untuk dapatkan line, tepat 12.00 tengah malam line Sistic memang sibuk. Dah plan dengan Berteromber nak ambil area B15 tapi akhirnya cuma dapat area T09. Takpe, asalkan berjiran dan berMAIDEN, hahaha!
Afraid to screenshot the stranger...
Misi 1 - Dapatkan tiket. Mission accomplished!- Misi 2 - Upgrade passport.
- Misi 3 - Tempah tiker Air-Asia.
- Misi 4 - Ambil tiket kat Compass Coaches Sdn. Bhd. Berjaya Times Square (ejen yang ni saja senang nak pi + no credit card fees or surcharges) kalau aku tak dapat pi, nak kirim kat Takilala.
Oke, dah boleh tidur dengan nyenyak. Kepada bloggers Metal yang lain, jumpa anda di sana! Aku rasa bagus kita buat gathering sebelum/selepas konsert.
KORawk, aku dah beli dua tiket. Esok dah boleh siap-siap kemas barang, jangan lupa bawa tebaloi Mukah.
Up the Irons! \m/
_____
Ada apa: Mulai esok, kena pasang CD album The Final Frontier, AMOLAD dan Dance Of Death dalam Imago aku.
7 komen:
tahniah bro... see u there!
tahniah! selamat berMYDINE. hehehehe
abg ben:
nnti kumpul ramai2 sebelum/selepas konsert, amik family pic hahaha
muspeed:
aik? hang tak join ka?
rombongan cik jah ke konsert Iron Maiden ha ha \m/ yeah!!!nak cari baju . . nak cari baju . . .
ijau
ko tampal gambo semua sports event. I think bawah2nye seats yang mengadap stage semua takde. Aku harap width dia lagi luas dari tennis game tu nye width.
anyway congrats and welcome to Singapore.
deaf...betul tu...bawahnya seat sampai row 12 dorang bukak...
ijau...kita punya row 17 tu kira bawah jugak la kot...
korawk:
shhh~ aku blm ada t-shirt mydin
deaf & berteromber:
just nak tau mcm mana interior stadium je. harap2 stage nanti tinggi setinggi2nya
Post a Comment