Satu peristiwa yang menarik, lucu dan memenatkan berlaku kepada kami selepas sessi jamming Metuk Ulau Projekt v2.0 Sabtu lepas.
Enjin kereta Bob Kandar (Kenari "Djarum Black") tak dapat dihidupkan (low-bat), pada mulanya hanya aku dan Azrol saja yang jadi mangsa menolaknya disebabkan geng-geng bas sekolah MUUV yang lain masih lagi melepak borak-borak di depan Z-Studio. Hampir separuh Li Hua Plaza kami tawaf sambil menolak Kenari Bob Kandar ni, namun usaha kami sia-sia belaka.
Kemudian pertolongan daripada geng-geng MUUV yang lain diperlukan, ramai-ramai tolak kereta tapi masih tak menjadi.
Dipendekkan cerita, akhirnya atas "kepakaran" geng-geng MUUV yang ada, enjin Kenari Bob Kandar dapat dihidupkan menggunakan teknik jump start dengan bantuan bateri daripada kereta sapu. Nasib baiklah Adi Herman ada simpan jumper cable dalam keretanya.
Kebelakangan ni Imago aku pun dah mula menunjukkan tanda-tanda low-bat, dah lima tahun (sejak dibeli) bateri Imago aku masih lagi bateri yang asal...
_____
Ada apa: Bob kata "inilah akibat engkar perintah isteri" hahaha...
6 komen:
mak aii.. 5 tahun bateri asal.
pepare for the worst bro.. haha.
kasi tukar la terus dari stuck dalam bandar.
gila 5 tahun?bior betik bro!time to change bro.org biasa 2years jer.lepas tu tukar
baik ko ready bateri baru... hehehehehehe
tukar bateri kering jer...senang nak tau bila dia nak kong...
kasi tukar la ijauuuuuuuuuuu
dos, nizam, jiaro, muspeed:
mungkin sbb imago aku xda sound system tmbhn (eq, woofer) sbb tu bateri blh tahan lama
tp mmg betul kena tukar cpt2 sblm aku drive long-distant pi mukah @ membakut
berteromber:
aku rasa bateri basah lg tahan, tp kena rajin buat maintenance la (mcm aku) sbb tu dpt tahan smpi 5 tahun
Post a Comment