Dua model gitar entri LTD F-Series (Forest), F-50 dan F-10.
Berpandukan katalog ESP 2011 dan website ESP Guitars sebagai rujukan - antara model F-50 dan F-10 ni macam tak ada perbezaan langsung, selain varian dan konfigurasi pikap iaitu LH-150 pada F-50 dan LH-100 pada F-10 (neck pickup was rail version in singlecoil size).
LTD F-50
LTD F-10
Tapi harga F-10 hampir separuh daripada harga F-50! Apa yang membuatkan F-10 lebih murah berbanding F-50? Harap-harap ada kaki gitar (guitar enthusiast) atau tauke gitar yang boleh jawap...
F-10 juga ditawarkan dalam bentuk pek permulaan (starter pack) bersama-sama amp, gigbag, tuner, kabel, strap dan pick.
All images linked from DV247.com
_____
Ada apa: Nasib baik model ni tak masuk dalam senarai LTD wishlist aku...
3 komen:
selalunya badan guitar siri bawahan dibuat daripada kayu2 lebihan- cantum saja dah jadi. kalau kita ada kelapangan utk melihat apa yg terselindung di bawah cat badan, kadang2 boleh lihat sehingga 7 anggota cantuman, ini ler yg buat model2 sebegini murah...
hmmm, no wonder... xpela klu bercantum smpi 7 bhgn asalkan masih kayu yg sama, resonannya masih sama kan?
tp ikut pengalaman, sy prnh jmpa dlm spec ditulis 'mahogany' tp bila tkr pikap habis kantoi berterabur habuk kayu plywood di dlm... in the end terus jual! :)
ah... ini ada satu kisah- member beli Epiphone Iommi SG, dlm spec body mahogany kan? bila time tukar pickups, ternampak kayu warna putih/ cream. mana ada mahogany warna camtu? memang ni produk Epi original tapi kalau kita let go 2nd hand, orang lain ingat kita tipu, jual gitar lanun...
Post a Comment