Sedang bersengkang mata menyiapkan slaid untuk taklimat keselamatan pagi nanti. Tajuk yang diberikan kepada aku ialah fire drill.
Fire drill? Gerudi api? Terjemahan yang sesuai ialah kawat kebakaran.
Imej Wikipedia.
Sebagai sebuah organisasi yang memiliki persijilan MS 1722 dan OHSAS 18001, kawat kebakaran (atau kawat kecemasan yang lain) mandatori dijalankan sekurang-kurangnya sekali setahun.
Gambar hiasan.
Tapi yang bakal dibentangkan nanti hanyalah taklimat, khusus untuk kakitangan baru dan pekerja kontrak (cleaner) disebabkan aku seorang daripada ahli ERT jabatan.
Sempena ulangtahun gempa bumi dan tsunami 311, bagaimana pula dengan pelan tindakan atau kawat kecemasan semasa bencana alam (banjir, ribut, gempa bumi, tsunami) atau serangan pengganas?
_____
Ada apa: Pernahkah kawat kebakaran dijalankan di tempat anda bekerja?
4 komen:
bukan pernah lagi..dah jadi satu kemestian.... asal ada bunyi siren...bergegas ke tempat berkumpul..
good one, aku dah ingat apa sey tajuk topik ni
macam mana nak tau komopeni tu ada MS1722 dan OHSAS 18001?
sijil MS1722/OHSAS 18001 dikeluarkan oleh SIRIM-QAS, sijil ni biasanya digantung di bilik pengarah, bilik mesyuarat, sudut OSH atau mana2 tmpt yg bersesuaian
Post a Comment