Minggu lepas Lil'Ijau demam panas yang pada mulanya kami fikirkan demam nak tumbuh gigi, bawa ke klinik bayi dan kanak-kanak dan dapat ubat-ubatan demam (paracetamol, antibiotics). Hari kedua Lil'Ijau mula menunjukkan simptom-simptom
HFMD, dan ia disahkan oleh doktor setelah dibawa berjumpa untuk kali kedua.
Cuma agak kesian dalam 2-3 hari memang Lil'Ijau menangis susah nak makan ataupun menyusu, mungkin disebabkan ulser pada mulut atau kerongkong, agak kurang selesa nak menelan. Tapi alhamdulillah hari keempat Lil'Ijau dah sembuh (hari ni hari ketujuh).
Hari ketiga Mrs. Ijau pula demam, dan hari keempat mula menunjukkan simptom-simptom HFMD. Aku mula-mula agak hairan sebab selama ni aku ingat HFMD hanya menyerang bayi dan kanak-kanak, tapi terkena pula pada orang dewasa. Mungkin bergantung kepada sistem imun badan juga kot, sebab aku tidak menunjukkan apa-apa simptom HFMD (ni kes dah selalu sangat makan antibiotik waktu selalu kena otitis dan
tonsillitis dulu).
Mrs. Ijau ni memang jenis cerewet bab-bab kebersihan dan sanitasi rumah, jadi aku rasa jangkitan HFMD bukanlah bermula dari rumah. Aku suspek sama ada dari rumah pengasuh, poliklinik ataupun tempat-tempat awam lain yang kami kunjungi beberapa hari sebelum Lil'Ijau demam.
Kesimpulannya, amalkanlah gaya hidup sihat dan bersih, hindari daripada membawa bayi atau anak kecil ke tempat-tempat awam yang dikhuatiri tahap kebersihannya.
Bacaan lanjut sila klik
artikel ni.
_____
Ada apa: Memang sedih dan memilukan bila anak menangis tengah-tengah malam susah nak menyusu.
8 komen:
thanks for info...
Anak sakit memang boleh buat kita pun sakit...baru jer ambik EL semalam pasal anak demam...
sabar bro, ujian Allah pada kita tu...been there done that...mudah2an lil ijau dan mrs ijau cepat sembuh...hati si suami pun lega kalo dua2 dah baik insyaAllah
Bro, 2 tahun yg lepas, my Mrs yang kena... Bukan budak tapi Mak budak...
Anak aku pon dah kena.mmg kesian, air liur asyik meleleh je. suspek kena kat playgrounds tepi rumah. tobat lepas tu aku tak bawak dah anak aku main gelungsur n buaian kat playgrounds tu.haha
sabarlah bro. kadang2 kita pun tak jangka benda ni boleh jangkit kat kita atau family kita.
hygiene jaga beb
basuh dan basuh tangan pakai sbun ulang2 walu namapk stupid.
yg herannya mrs ijau kena HFMD lebih teruk berbanding lil'ijau
nasib baik aku imun, plng2 jd batuk/selsema je
tp alhamdulillah dua2 dah sembuh
Post a Comment