Selasa (26/3/2013) - Pada mulanya dirancang sebagai sessi jamming
Metuk Ulau Project (MUP/LPG
jam session #2) akhirnya menjadi sessi jamming "3-piece band" Hepi;) kerana tidak disertai oleh
Korawk.
REG Studio dipilih supaya dapat pre-soundcheck setting amp yang bakal digunakan semasa
Love & Peace Gig (anjuran REG Studio) minggu depan.
Kali ni aku menggunakan
Mirage yang dah sekian lama terperap dalam
hardcase ular, baru ada mood nak gunakan sebab dah tukar tali baru (
Pyramid) minggu lepas.
|
Bob Kandar mencari ilham. |
Bila jamming tanpa bunyi bass pasti akan terasa sesuatu yang tak kena, macam minum kola tak bergas. Oleh sebab itu, aku letakkan
Mirage dan mula menggalas bass kepunyaan studio. Terasa kembali ke zaman Hepi;) dulu-dulu, zaman
Black Ice.
Bass studio yang digunakan ialah Squier
Vintage Modified Jazz Bass V (5-string) disambung terus pada Fender
Bassman 100T head (model lama, grill biru) bersama custom 2x15 cabinet. Ini merupakan kali pertama aku menggunakan 5-string bass, memang terasa janggal dengan tapi B besar tu.
|
Standard gesture. |
Azrol tidak mempunyai masalah, kerana dah biasa menggunakan Zoom
G1XNnya sama ada semasa jamming mahupun gig. Jadi tak perlu pikir banyak pasal setting amp, cuma pilih clean channel, pulas semua EQ bass/mid/treble menjadi flat (12 o'clock) dan laraskan volume amp secukup rasa. Selebihnya setting pada pedal.
|
Main amp, AVT100. |
|
Secondary amp, AVT50. |
Inilah dua buah amp kepunyaan REG Studio, yang juga bakal digunakan semasa gig kelak, Marshall Valvestate 2000 series - AVT100 dan AVT50. Seperti biasa, "ngauman" overdrive channel amp Marshall memang mengujakan, lebih-lebih lagi bila disambung dengan Tubescreamer (atau
klon) sebagai booster.
REG Studio hanya mempunyai satu footswitch untuk amp Marshall ni, itupun macam ada masalah. Walaupun aku suka "ngauman" overdrive amp Marshall, tapi aku mengambil keputusan untuk menggunakan multi-effects (atau stompbox
distortion) untuk gig kelak untuk mengelakkan buang masa setting amp.
Rasanya akan ada sekali (atau dua) lagi sessi jamming persediaan sebelum gig, harap-harap Korawk bersedia...
_____
Ada apa: Ada apa dengan
Marshall?
0 comments
Post a Comment