Bungkusan poslaju yang diterima Rabu lepas (13/3/2013) beralamat dari
Music Master Studio, yup another one from
Gapnap.
Dengan keberkesanan penggunaan Joyo
JF-01 Vintage Overdrive semasa gig
Bintulu Music Fest 2013 yang lepas, kali ni aku mendapatkan pula
JF-03 Crunch Distortion dengan harga yang sama... Ya, pedal jenama Joyo lagi.
Jika pedal Vintage Overdrive yang merupakan klon Ibanez
Tubescreamer, pedal Crunch Distortion ni pula merupakan klon MI Audio
Crunch Box (discontinued).
|
Kotak dan isi yang ringkas |
Ini merupakan pedal versi baru tanpa sebarang decal hanya tulisan "Crunch Distortion", pedal versi lama mempunyai decal
dua ekor jerung sedang menganga. Aku lebih suka versi baru ni (walaupun tak menarik), sebab ia sepadan dengan Vintage Overdrive. Pada pendapat aku, hampir semua pedal Joyo memang tak menarik dari segi decal, kecuali
JF-02 Ultimate Drive.
|
Warna merah yang agak pudar. |
Aku kembali semula ke kem stompbox (tanpa meninggalkan kem multi-effects) disebabkan pengalaman menyertai beberapa gig sebelum ini. Biasanya satu kumpulan hanya akan diberi slot 20-30 minit untuk membuat persembahan termasuk soundcheck.
Dengan menggunakan pedal jenis stompbox, soundcheck biasanya tak sampai lima minit, dan jika menggunakan bateri (pastikan bateri baru) kita dapat menjimatkan masa daripada terkial-kial mencari punca bekalan elektrik. Juga bergantung kepada faktor muzik yang kami mainkan, jarang melibatkan banyak pertukaran bunyi.
|
Tombol-tombol GAIN, TONE, VOLUME yang senang dilaras. |
Bunyinya memang "crunchy" tak jauh beza daripada pedal distortion (non-metallic) lain yang pernah aku miliki sebelum ini iaitu Boss
DS-1 dan Modtone Speedbox XXL
MT-DS, dan Vox
Satchurator. Rasa sedikit menyesal pun ada sebab
let-go pedal MT-DS hampir setahun yang lepas (sebab ia berwarna hijau?).
|
Juga mempunyai ruang bateri yang senang diakses. |
Aku memilih distortion jenis "crunch" berbanding jenis "metal" untuk mendapat bunyi "British" sekiranya amp yang digunakan (semasa jamming atau gig) tidak mempunyai overdrive channel yang memuaskan (ataupun tidak mempunyai footswitch). Distortion jenis ni mempunyai mid-range yang ketara berbanding jenis metal yang lebih scooped.
Another cheap and good pedal by Joyo...
_____
Ada apa: Kalau nak bunyi metal juga, Pod
HD300 ada :)
3 komen:
macam menarik!
Bro- BOSS Adaptive Distortion *thumbs up*
adi:
mau masuk kem stompbox?
bro sub:
skrg ni guna pedal murah je :)
Post a Comment