Tak sampai sebulan selepas diperolehi, ia sudah dimodifikasi dengan pikap Tesla Plasma-1 (neck), VR-1 (mid), VR-Extreme (bridge), waktu tu memang tengah "hype" dengan pikap Tesla.
Beberapa bulan kemudian pikap Tesla ni keluar (de-Teslarised) dan masuk semula (re-Teslarised) atas sebab-sebab peribadi.
Ia pernah juga dipasang dengan pikap Bill Lawrence L-500XL secara tunggal (solitary) dan ternyata konfigurasi tunggal sebegini memang tidak sesuai untuk gitar yang jenis versatile.
Selain pertukaran pikap, ia juga beberapa kali menghadapi masalah pada sistem Floyd Rose Special (FRS) antaranya locking nut dan saddle loose. Tak lupa juga DR Neon dan eksperimen cahaya gelap.
Setelah bosan dengan karekteristik pikap-pikap Tesla dan Bill Lawrence, aku mengambil keputusan untuk memasang semula pikap asal (stock pickups) gitar ni iaitu ESP LH-150 (humbucker) dan LS-120 (single) pada malam yang sama selepas selesai memasang Petrucci Set pada gitar 1Malaysia si Korawk minggu lepas.
Ternyata pikap-pikap LH-150/LS-120 ni merupakan pikap yang bagus, ia memiliki karekteristik yang aku cari-cari selama ini. Mungkin disebabkan "hype" pikap Tesla pada waktu aku memperolehi gitar ni dahulu membuatkan aku tak pandang langsung pada pikap-pikap asal ni.
Tak hairanlah kenapa Bro Sub memuji pikap-pikap sama yang ada pada gitarnya iaitu M-53, serta mengekalkannya dan tidak digantikan dengan Seymour Duncan seperti kebanyakkan gitar-gitar lainnya.
_____
Ada apa: Ada siapa-siapa berminat nak beli pikap Tesla terpakai?
6 komen:
Kadang-kala kita terpengaruh dengan jenama...
bro, output tesla ni tinggi tak?
bro sub:
agreed
mba:
bergantung kpd model la;
plasma-1 medium output
vr-1 vintage output (strat sound)
vr-extreme mmg high output
oooo... pikap bill lawrence ya sik mok let go kah?
klu berminat, apa salahnya... sila2lah emel atau pm kat fb
mcm menarik...hehe
Post a Comment