Minggu ni tak ada sessi jamming latihan Oktoberfest kerana beberapa orang ahli
Metuk Ulau Projekt (MUP) ada urusan keluarga/peribadi di luar Bintulu. Jadi sebagai terapi minda hujung minggu, inilah masa untuk yang sesuai untuk mengganti saddle Floyd Rose Special (FRS) pada
Mirage aku yang baru dapat alat-gantinya
kelmarin.
 |
Kiri - saddle asal (black nickel), kanan - saddle baru (chrome). |
 |
Harap-harap saddle baru ni tahan lasak. |
Memasang saddle FRS ni taklah susah sangat, tak sampai pun 15 minit. Yang penting ada set lengkap hex-key (
Allen key) untuk membuka dan memasang hex bolt yang ada pada FRS.
 |
Terpaksa pasang tali high-E baru, tali lama dah tak boleh pakai. |
Kalau diperhatikan, tiga saddle pada tali besar (EAD) dah pudar warnanya dari black nickel menjadi chrome. Bukan sebab saddle tu dah pernah ditukar, tapi ia adalah kesan daripada
palm mute yang secara tak langsung menggilap saddle tersebut sehingga berkilat.
Saddle pada tali D pun dah ada menunjukkan tanda-tanda bakal mengalami masalah yang sama *sigh~* FRS la sangat...
_____
Ada apa: Bila agaknya
Mark III nak beraksi?
0 comments
Post a Comment