Selepas Erectus, giliran Ana & The Scene pula membuat persembahan. Kali ni boleh dikatakan A&TS agak popular berbanding gig Oktoberfest dan OSG2012 sebelumnya. Mungkin disebabkan lagu mereka Sebalik Cahaya telah berada dalam top-10 carta CATS Xposed Cats.FM selama beberapa minggu.
Untuk gig kali ni Chop menggunakan Squier Modified Telecaster Custom II (discontinued model) dan tidak menggunakan Teslarised GAX30. Dengan perubahan drastik pada rig pedal (Zoom G3X, MS-50G) berbanding gig sebelumnya (hanya G1N).
Ya, ada Azrol di situ... Selepas Bintulu Music Fest Azrol menjadi gitaris
Untuk gig kali ni mereka juga menyanyikan lagu "etnik" baru mereka Aok duet bersama Aishah Chong. Penyanyi duet asal lagu ni Nia Roslia (Wantwojuice) tidak dapat hadir kerana berada di Semenanjung.
Line-up A&TS |
Donny menggunakan gitar Ibanez GRG270 (aka gitar 1Malaysia) kepunyaan Korawk, yang baru sahaja dimodifikasi dengan DiMarzio Petrucci Set minggu lepas.
Rashid aka Abang Long. |
Gitar Cort VX-2V kepunyaan Donny pula digunakan oleh Fadel. Walaupun menjadi "makhluk bertopeng", tapi pasti ramai yang kenal pemain bass ni.
Mahkluk bertopeng? |
Sayangnya potensi sebenar Petrucci Set pada gitar ni tak dapat "dinikmati" sepenuhnya disebabkan masalah pada amp. Aku perasan sepanjang gig, beberapa orang pemain gitar (termasuk aku) mengalami masalah yang sama dengan amp Marshall AVT50 kepunyaan REG Studio - kadang-kadang bunyinya tak kuat, kadang-kadang gain rendah.
Line-up COG, akhirnya "makhluk bertopeng" kantoi. |
Ini persembahan pertama Tresno pada permulaan gig (sekitar pukul 1.00 petang), adalah ia hanya sebagai sessi soundcheck atau warm-up?
Ini pula persembahan "kali kedua" Tresno pada sebelah petang, perhatikan drummer mereka pun menjadi "makhluk bertopeng" hehehe...
Katanya Adi nak tiru gaya Elyana waktu atas pentas. |
Dah ada Zoom G7.1ut wooo~ |
Sebelum beredar, sempat memerhatikan
Post-mortem AADI mengenai gig ni:
- Lokasi yang strategik dan sesuai, tidak terlalu sempit seperti OSG2012 dan tidak juga terlampau luas seperti BMF2013.
- Amp Marshall AVT50 bermasalah, menyebabkan beberapa gitaris agak frust semasa persembahan (termasuk aku).
- Sound system pub memang bagus, vokal tak tenggelam oleh muzik.
- Pengacara majlis, Barangkali Marus (yang juga pengacara BMF2012) memang santai dan bersahaja sempat juga mempromosikan blog AADI ni hehehe...
- Pengunjung gig memang sporting kali ni, setiap persembahan tak terasa "forever alone".
- Pelbagai genre muzik boleh berada dalam gig yang sama, scene Bintulu memang unik.
- Ice cream for me Bintulu! \m/
Ada apa: Oh ya, aku juga memperolehi tshirt BIMM pada gig tersebut, nasib baik ada saiz XXL...
3 komen:
thanx to bro Ijau sebab kasi link untuk beli zoom g7.1ut itu hari hehe...
Ada event shirt eh.caya lah..Elyana idola Adi Herman?heheh
STEADY!
Post a Comment