Setelah bersiaran selama
enam tahun (atau empat tahun selepas "
penjenamaan semula"), akhirnya hari ini odometer AADI (pageviews) mencecah angka 100k! Secara rasminya blog AADI dah boleh masuk dalam kategori blog "100k Club" macam
berteromber.
|
Komentar tegar. |
Aik? Enam tahun baru baru nak dapat 100k pageviews? Ya, sebab AADI ni secara amnya bukanlah blog umum, ia merupakan blog perhobian yang hanya relevan dibaca oleh mereka yang mempunyai minat dan hobi yang sama (muzik metal, koleksi CD/DVD, gitar, makanan). Dan akupun bukannya jenis yang suka mencanangkan di Facebook atau Tweeter setiap kali AADI ada entri baru. Bagi aku, biarlah AADI menjadi sebuah blog yang low-profile seperti seadanya...
Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers yang menyenaraikan pautan (link) AADI dalam blog mereka. Tanpa anda, rakan kepada rakan bloggers lain tidak akan mengetahui kewujudan AADI. Dan tak lupa kepada komentar tegar (seperti yang tersenarai di sebelah kiri) yang tak putus-putus memberikan komen dan komplen yang positif mahupun negatif setiap kali ada entri baru. Komen-komen sebeginilah yang menambahkan motivasi aku untuk rajin berblog
Aku cadangkan kepada rakan-rakan bloggers lain yang mana blog mereka telah mencapai tahap 100k pageviews untuk meletakkan logo "100k Club" dalam senarai badges and awards blog anda (kalau ada).
_____
Ada apa: Blog on!
9 komen:
beribu ribu tania....hehehe
Tahniah tuan..tidak sia2 selama enam tahun berkarya..bukan senang nak tulis blog woo..kadang idea takde..
tahniah...teruskan menulis...tak kisah la kalau kita2 jer yang baca...heheh...
target 200K pulak...
komentar paling tegar AADI = aku?
Salam..Pak Cik nak tumpang laluu...
Congrats
Buat blog ni kerja syok sendiri haha
terima kasih kpd geng2 bloggers... selagi ada komentar, selagi itu AADI akan aktif
Mantap..aku masih jauh perjalanan..barangkali sik sampai juak
Post a Comment