CD ni dipesan serentak bersama-sama CD Nirvana Unplugged minggu lepas, tapi polisi estock_duetschland menghantar CD secara berasingan walaupun dipesan serentak. Seperti biasa, walaupun berstatus terpakai (used) tapi fizikalnya masih nampak baru.
Album yang (suatu ketika dahulu) boleh dikatakan sebagai pengubat rindu peminat Nirvana selepas kematian Kurt Cobain kerana Dave Grohl meneruskan legasi Nirvana menerusi kumpulan dan muzik baru. Aku pada mulanya agak terkejut bila Grohl dapat membuktikan bahawa beliau merupakan seorang pemain gitar dan vokalis yang hebat seakan-akan keluar dari kepompong Nirvana.
Seperti yang pernah aku merapu sebelum ni, aku hanya minat tiga album pertama Foo Fighters; Foo Fighters, The Colour And The Shape dan There Is Nothing Left To Loose. Album keempat One By One dan seterusnya macam tak dapat masuk dengan jiwa aku. Tapi aku masih minat Grohl dan Foo Fighters.
![]() |
Koleksi kaset yang tinggal di kampung. |
Aku rasa Metuk Ulau Project pernah cover lagu Big Me semasa sessi jamming beberapa tahun lepas, tapi aku lupa sessi yang mana satu...
_____
Ada apa: Cuba untuk mengenali semula lagu-lagu Foo Fighters selepas album ketiga...
3 komen:
album One By One dan seterusnya terlalu dipengaruhi oleh muzik dari Queens Of The Stone Age dan beberapa elemen stoner yg pada awalnya mcm x kena dgn konsep asal Foo Fighters, tapi lama kelamaan ianya makin sebati...sebagai contoh album Wasting Lights agak menarik cuma masih x dpt mengalahkan kualiti yg ada pada debut album serta Colour and The Shapes.
Foo fighter yang album double cd tu boleh tahan, aku suka lagu ada carolina tu
First album FF ni memang best jugak.lagu "this is a call" eh tajuk dia..masa ni pun pengaruh Nirvana kuat lagi
Post a Comment