Imej cilok. |
Berbeza seperti waktu konsert Iron Maiden Singapore tahun 2011 lepas, waktu itu aku masih bujang dan tiada tanggungan, kalau pokai sekalipun masih boleh bertahan makan mee segera sehingga menunggu gaji berikutnya.
Oleh yang demikian aku mengambil keputusan untuk menyertai "Legionnaire du Dr. Ben", dengan kata lain aku TIDAK pergi, I'm not going...
Dan yang pasti, semangat nak tengok Metallica secara live tidak membara sepertimana semangat nak tengok Iron Maiden (pengaruh DVD Rock In Rio dan Flight 666). Tapi sekiranya Metallica masih boleh mengekalkan kualiti konsert sama standard seperti Live Shit, Cunning Stunts dan S&M, mungkin semangat aku masih membara. Dan/atau mereka memasukkan Kuala Lumpur dalam senarai destinasi konsert mereka seterusnya.
*Sekadar gambar hiasan. |
_____
Ada apa: *Featuring Korawk as vocalist.
8 komen:
layan youtube aje... ( pokai gak )
aku lebih risau tak dapat tiket final piala FA dari sibuk nak pikir tiket Metallica....hahahah....
aku masih tak dapat buat keputusan.esok start jual tiket n aku rasa esok kompem habis licin...
Siapa Presiden kelab ni?
Err..ada kosong lagi tak keahlian?
faisal:
aku tgh cari dvd live shit binge & purge dan cunning stunts (dulu aku ada versi vcd tp dah "hilang")
berteromber:
no live? no problem!
mba:
ada kewangan/masa/kudrat = pergi
dr ben:
dah namanya legionnaire, guna general bkn presiden
rafi:
syarat2 nak join, buat entri kenyataan awam kenapa tak pergi? hahaha...
general yg dicadangkan = Doc. Ben la, sapa lagi...
Aku rasa next maiden datang sini late 2014 atau early 2015 untuk new album tour?
Atau tiba2 dorang giler babi umum maiden england early 2014. Take it as a family vacation la sekali. Maiden is for whole family.
Post a Comment