Sebenarnya bungkusan CD ni diterima serentak dengan bungkusan yang berisi CD Danzig III: How The Gods Kill semalam. Dan aku agak gabra bila mendapati satu daripadanya mempunyai sticker KDN, dengan kata lain pernah dibuka untuk pemeriksaan.
Nasib baik bungkusan yang diperiksa KDN merupakan bungkusan yang berisi CD HammerFall dan bukannya Danzig. Ini merupakan CD kelima yang diperiksa oleh KDN, empat CD sebelumnya ialah S&M, The Man Who Would Not Die, Hatebreeder dan A Night At The Opera. Dan alhamdulillah setakat ni semua dilepaskan dan tidak menerima nasib malang seperti Takilala.
Tracklist
- Any Means Necessary
- Life Is Now
- Punish And Enslave
- Legion
- Between Two Worlds
- Hallowed Be
ThyMy Name - Something For The Ages (instrumental)
- No Sacrifice, No Victory
- Bring The Hammer Down
- One Of A kind
- My Sharona (cover The Knack)
Walaupun Stefan Elmgren tidak lagi bersama HammerFall untuk album ni (yang digantikan oleh Pontus Norgren), tetapi ia masih lagi mengekalkan bunyi metal klasik trademark HammerFall - mid tempo and simple riffs - membuatkan lagu-lagu HammerFall senang "dihadam" telinga seperti lagu-lagu Manowar era 80-90an.
Sekitar tahun 2009 dulu aku pernah buat entri ulasan panjang untuk album ni, tapi waktu tu aku cuma ada versi Asialink. Dan setelah mengetahui versi Asialink merupakan versi cetak rompak, entri tersebut (dan semua entri ulasan CD Asialink) aku dah keluarkan daripada AADI.
_____
Ada apa: Versi Asialink untuk dipasang dalam Imago, versi original untuk simpanan di rumah :)
5 komen:
Cd Asialink ok apa cuma tu la, x best la rasanya review cd cetak rompak. Arghhh aku kena belajar gak mcm mana nak buat payment guna PayPal.
sejak2 estock_deutschland ni...makin cargas mengebay nampak...heheh...
lawa packaging album ni..
My Sharona pun diorang cover gak eh.nak cekidot la nanti..btw,aku pun tak berapa nak reti guna paypal jugak la..heheh
true eBayholic bro
Post a Comment