Sejak beberapa minggu lepas, sekali lagi keinginan untuk bermain PC game kembali -
Fallout 3 menjadi pilihan untuk dimainkan semula (dengan karekter berlainan). Kali terakhir aku bermain PC game waktu
Far Cry 3 sekitar
bulan Mac yang lepas.
|
Linked from somewhere on the net. |
Fallout 3 ni jugalah yang telah memecahkan
rekod "paling lama bermain PC game tanpa henti" aku - 15 jam! Hehehe... Sebelum ni rekod bertahan sepuluh tahun dipegang oleh game
Half-Life (circa 1998), iaitu 13 jam (zaman student USM ni).
Tapi sekarang ni hanya dapat main ala kadar sahaja, tak dapat nak main lebih-lebih, paling lama pun dapat main 3-4 jam sehari (mungkin 5-6 jam pada hujung minggu). Biasalah bila dah berkeluarga ni, tanggungjawab kena jaga, hobi-hobi yang ada tu harus dikurangkan dari segi kuantiti dan masa, tapi bukan ditinggalkan terus (ingat tu
Korawk!).
Padahal, ini semua alasan malas nak buat entri hehehe...
_____
Ada apa:
War, war never changes...
3 komen:
aku dah takder masa nak main game...paling game pun candy crush ajer la...hahaha...
Kalau dulu main half life/ counter strike riuh satu cybercafe..lagi best main half life laa..
Kita cuba kawal waktu, bukwn waktu kawal kita.
Kalau berjaha, kita boleh buat macam2 dan insyallah ada masa untuk macam2.. cehhhhhh.
Post a Comment