Mirage ni lebih berfungsi sebagai gitar bilik (bedroom guitar, bukan Bedroom Gitaris) digunakan untuk berlatih dan rakaman DIY disebabkan pikap-pikap singlecoil yang ada. Contohnya, klip Instromadness di bawah ni - intro ala Pull Me Under dirakam menggunakan singlecoil.
Untuk persembahan live/gig aku lebih selesa menggunakan Calypso (Charvel So-Cal) atas sebab-sebab keselesaan, ketegapan tremolo dan "mojo" warna hijau. Mirage ni biasanya akan dibawa semasa gig sebagai gitar backup untuk aku ataupun Azrol (when shit happens).
Menarik sepanjang 2013:
- Dipasang semula dengan pikap asal (ESP LS-120/LH-150).
- Locking nut rosak.
- Dipasang dengan tali DR String neon hi-def green untuk kali kedua.
- Digunakan oleh Azrol untuk persembahan Metuk Ulau Project sempena Bintulu Bike Week 2013.
- Dipasang dengan pikap Bill Lawrence L-500XL baru-baru ini.
Dan seelok-eloknya selepas ini, aku akan cuba berusaha supaya tidak terfikir lagi untuk menjualnya (dah rasa sayang eh~). Kalau nak tambah #5 tu lain cerita...
_____
Ada apa: Upgrade FRS to Gotoh?
6 komen:
(y) <-- stail pesbok
Steady <---- stail bro Faizal Skudal hehe
\m/ <----errr...stail metal....la sangat...
haaaa tambah la biar jd 5.. heheh
rafi, adi, berteromber:
gang-6 stail
mba:
bergantung kepada peruntukan bajet 2014, lgpun projek tahun depan aku plan nak fokus lebih kepada bass (sbb dan "kehabisan" bassist)
tone clean lagu tu sedap..mcm petrucci aa.hehe
Post a Comment