Walaupun ia berjenama gah Fender, tapi ia tidak terlepas daripada memiliki beberapa tompok karat pada tali GBE (plain strings). Tapi sekurang-kurangnya ia tak seteruk karat pada tali Gibson Brite Wires. Ia juga agak keras seperti tali Pyramid dan tak berapa sesuai untuk tuning standard, kalau tuning Eb atau D mungkin baru terasa lembut.
Secara rasminya Fender Super Bullets dan DR Neon terkeluar daripada senarai tali gitar kegemaran dan tidak akan dibeli lagi pada masa akan datang.
Jenama/model tali gitar kegemaran setakat ni (all nickel wound type):
- Ernie Ball Hybrid Slinky (9-46) - mostly for fixed bridge Goldie.
- GHS Boomers GBXL (9-42)
- Martin & Co. Darco (9-42)
- Alice A506-SL A507-SL (9-42) - murah dan lembut.
Ada apa: Masih ada beberapa jenama/model yang belum dicuba.
4 komen:
EB Super Slinky tak minat?
tiga kali pengalaman buka bungkusan baru super slinky, tiga2 berkarat... so, i say NO to super slinky
Belum guna dah bekarat?
Martin & Co. Serta Alice still ok la...
Post a Comment