Sejak Bang Mizan dah berhenti kerja, aku "kehilangan" staff CK Music yang boleh dihubungi secara terus (emel, SMS, Facebook) dan senang dirunding mengenai urus niaga dan pengeposan. Staff "gantian" yang ada macam nak tak nak layan aku - disebabkan layanan sebegitu, aku hilang mood untuk memiliki Vox AC4TV seperti yang aku terGAS dalam entri ni.
Berbalik kepada YES, bungkusan dari Reco kali ni mengandungi sebuah amp bass berjenama Vox iaitu Pathfinder Bass 10 PFB-10. Kenapa Reco? Disebabkan lebih mudah untuk aku berurusan dengan Miss Ng berbanding staff "gantian" yang dimaksudkan tadi. Lagipun ini bukanlah kali pertama aku berurusan dengan Reco.
Secara peribadi, ia bukanlah amp bass yang terbaik pada kelasnya (bagi kategori 10-15 Watt - aku rasa Laney RB1 lagi bagus), tapi dari segi harga per kualiti (RM208 @ YES price) dan dengan rekabentuk klasik Vox serta saiznya yang comel - ia amat berbaloi.
Juga disertakan dengan resit, kad bisnes dan Dunlop Scotty pick holder sebagai penggenap bayaran. Pick holder untuk pick saiz besar berbentuk tiga penjuru, pick yang aku ada kebanyakkannya bersaiz biasa (tear drop). Tapi tak apa, masih boleh pakai.
Panel yang ringkas, INPUT jack, DRIVE (gain), suis BRIGHT (untuk bunyi yang lebih nyaring), tombol-tombol TREBLE, BASS, VOLUME, LINE-OUT/PHONES jack dan suis POWER. Kenapa panel ni berwarna merah? Mungkin ia warna universal untuk bass - seperti StompLab 1G/2G.
Amp ni dilengkapi dengan dua buah driver (speaker) Vox Bulldog 5" dengan impedens 4 Ohm, berkuasa 5 Watt setiap satu dan dipasang secara bersiri (serial) dan bukan selari (parallel) menjadikan jumlah kuasa 10 Watt pada impedens 8 Ohm. Seperti ex-Valvetronix VT40+, amp ni juga buatan Vietnam.
![]() |
Vox Bulldog 5" driver. |
Dan dengan kuasa 10 Watt, ia dah boleh dikira cukup
Ada apa: Ada rezeki mungkin akan menggandingkannya dengan amp MINI3G2 klasik, hehehe...
1 comment
dah boleh praktis Anesthesia (pulling teeth)
Post a Comment