Diperolehi dengan harga tersenyum €4.34 (RM20.14), ini merupakan versi cetakan pertama (C)(P) 1996 Geffen Records, keadaannya jewel case nampak sedikit bermusim (seasoned) tapi tiada cacat cela pada inlay dan CD.
Pada pendapat aku, ini merupakan album Manowar "terakhir" yang betul-betul heavy metal, album-album selepas ini Warriors Of The World dan seterusnya Gods Of War dah agak cair metalnya kerana banyak bunyi-bunyian orkestra. Mungkin kemasukan semula Scott Columbus (RIP) untuk album ni juga antara faktor yang perlu diambil kira. Album terbaru mereka The Lord Of Steel tak pasti la pula, sebab belum dengar lagi...
Kecuali dua buah lagu instrumental Today Is A Good Day To Die dan My Spirit Lives On, kesemua lagu-lagu dalam album ni memang masyuk dan layan, termasuk ballad Courage. Disebabkan itu, album ni boleh aku kategorikan sebagai super album.
Lukisan Ken Kelly memang ohsem! |
Trivia
- Versi kaset (Malaysian pressing) yang aku miliki tajuknya hanya Louder sahaja, kes censorship. Begitu juga dengan beberapa lirik dalam lagu yang ditapis, antara lirik yang aku perasan tiada dalam inlay kaset "had to punch my teacher out" untuk lagu Return Of The Warlord.
- Aku juga pernah memiliki CD album ni versi AsiaLink beberapa tahun lepas tapi dah dilelong (good riddance).
Ada apa: Battles are fought by those with the courage to believe...
7 komen:
Oic under label Geffen Records rupanya....
cis...kena lebih rajin menjengok estock ni....
tak silap aku takder lagi cd ni...
adi:
lps ni diorang buat album under label sendiri - magic circle
berteromber:
masih ada, tapi harga mahal le~
entah kenapa,dari dulu sampai sekarang aku susah sikit nak masyuk muzik Manowar ni..cuma ada album Triumph Of Steel versi kaset dulu..agaknya power metal/heavy acuan US memang lain kot
semua lagu best ini album.
suka sound gitar kering Manowar masa ni.
aku setuju
ni last Manowar album yang aku suka.
Manowar ni kalau orang dah menyampah, setiap benda dan projek dorang buat, terutama yang janji tapi terbengkalai tu semua, kes Scott Columbus cerita semua kat interview,
kes Magic Circle nye problems band rock lain kat company tu hadapi..
Semua Joey la ni.
Wahhhh gerammm ni aku type ni, boleh buat post blog ni haha
tapi aku geram, aku marah pasal aku suka dorang dulu2, nak2 zaman Ross The Boss
rafi:
manowar ni klu dgr waktu kita blm kenal byk band2 metal lain, senang nak masuk...
portdy:
ni djaman karl logan shred dia lain mcm
deaf:
rasanya mcm nak stop kumpul manowar sampai WOTW je kot...
Post a Comment