Bungkusan eBay yang terakhir untuk tahun 2013 (tapi bukan pembelian terakhir) diterima Isnin lepas (30/12/2013), tak lain tak bukan beralamat daripada estock_deutschland.
Kali ni berisi album studio terkini kumpulan Tarot - The Spell Of Iron MMXI. Walaupun ia keluaran 2011 tapi baru sekarang ada peluang untuk memilikinya. Itupun disebabkan ia tersenarai dalam estock_deutschland pada harga tersenyum €5.25 (RM24.04) - new and still sealed!
Slipcase. |
Tracklist
- Midwinter Nights
- Dancing On The Wire
- Back In The Fire
- Love's Not Made For My Kind
- Never Forever
- Spell Of Iron
- De Mortui Nil Nisi Bene (instrumental)
- Pharao
- Wings Of Darkness
- Things That Crawl At Night
Bonus track - I Walk Forever (live with choir @ Ruisrock 2010)
Manakala Back In The Fire dan Things That Crawl At Night pernah didengar menerusi album live Undead Indeed. Secara peribadi, album ni lebih menarik berbanding album studio mereka sebelumnya Gravity Of Light. Jadi, usaha mereka merakam semula album ni memang berbaloi.
Oh Abang Marco~ |
Oh ya, sebutan "iron" dalam lagu The Spell Of Iron disebut sebagai "ai-ren" dan bukan "a-yen". Sama seperti yang disebut dalam lagu Blind Guardian Time Stands Still (At The Iron Hill). Siapa pakar bahasa, adakah sebutan begini ada maksud lain (maksudnya selain "besi") atau loghat/sebutan orang-orang Scandinavia memang begitu?
_____
Ada apa: Apa cerita Battle Hymn MMXI?
3 komen:
azam baru 2014...lebih kerap browse estock_deutschland....hahaha...
Rasanya memang loghat semulajadi kot..macam member ostrolia aku,bila aku cakap good day,dia cakap good die..hehe
Baru berapa hari ni interview ngan seken vocalist nightwish, then nightwieh jawwb balik. Teruja aku baca.
Post a Comment