Sambil jaga anak, berkesempanan menonton siaran ulangan dokumentari Syahadah Tokyo yang disiarkan di TV9 pukul 9.00 pagi tadi (siaran perdana 31/12/2013 lepas tak sempat tengok). Tak sangka ramai tokoh Islam di Tokyo yang ditemuramah dalam rancangan ni mendapat hidayah semasa berada di luar negara (Timur Tengah, Afrika).
Satu fakta yang menarik dalam dokumentari tersebut mengatakan secara bancian hanya 35% penduduk Jepun yang betul-betul mempunyai pegangan agama (tak kisah Shinto, Buddha, Kristian, Islam, dll), selebihnya merupakan athiest, hidup tanpa pegangan agama (free thinkers?) - adakah disebabkan kehidupan mereka yang terlalu moden?
Bagi aku, hidayah itu datang apabila berkenalan dan berkahwin dengan Mrs. Ijau yang merupakan seorang saudara baru (melafaz syahadah pada 2008). Walaupun dilahirkan Islam, tapi selama ini (zaman bujang) aku memang leka dan lalai dalam bab-bab agama. Mungkin itulah hikmah berkahwin dengan saudara baru.
_____
Ada apa: Salam Maulidur Rasul 1435H.
5 komen:
hidayahNya datang tak kira siapa dan bangsa apa pun..macam ko cakap,kita yang islam sejak lahir ni yang selalu lalai..termasuk aku.
Subhanallah best nya dokumentari tu, aku terlepas saja nak tengok...tahniah tuan ijau.
bagus docu ni. betul menginsafkan.
ada masanya hidayah itu perlu dicari...
Anugerah Allah ni. Kita yang lahir islam pun jangan terlalu konfiden ngan pegangan kita. Sekali Allah uji, abis. Best wishes to you and your family always.
Post a Comment