T-shirt tengkorak dalam entri hari ni aku rasa jauh lebih bagus dari segi cetakan, kualiti fabrik dan harga berbanding t-shirt tengkorak "Freeze 'Em All" dalam entri
semalam.
Ia merupakan t-shirt rasmi gig Mukah Metal Legions 2014 yang berlangsung Ahad lepas (30/3/2014) ditunda sehari untuk memberi laluan kepada
PRK DUN Balingian.
Walaupun aku tidak menghadiri gig ni (kalau kena musim aku balik Dalat kan best), tetapi inilah cara aku menyokong gig tersebut. Lagipun ada dua band underground otai Bintulu turut serta dalam gig ni - Curse Of God (COG) dan Erectus.
|
Depan. |
Walaupun hanya menggunakan dua warna untuk cetakan (merah dan putih), tetapi ketelitian pada imej memang diutamakan. Percaya atau tidak, t-shirt ini dijual dengan harga RM35 sahaja (cetakan terhad). Diperolehi daripada penganjur melalui perantaraan Rudi Makhluk Mitos (drummer Erectus) dan Rashid Malim (drummer COG).
|
Belakang. |
Akan tetapi band COG terpaksa tarik diri beberapa hari sebelum gig disebabkan masalah kesihatan pada
Donny (gitaris/vokalis) di samping masalah-masalah kecil dalaman band. Fuh~ untuk rekod, memang COG ni selalu kena "curse".
|
Bangla mari, 2XL tiada diskriminasi saiz. |
Untuk t-shirt dengan rekabentuk yang menarik dan menggunakan tag
Gildan pada harga RM35 adalah sesuatu yang agak overkill. Jika ia dijual dengan harga RM55 pun masih berbaloi.
Pada pendapat aku, tujuan utama pembikinan t-shirt sebegini adalah lebih kepada faktor nostalgia, memori dan koleksi (sama seperti t-shirt
Sarawak Metal Regime) berbanding mengaut keuntungan, untung mungkin ada tapi taklah berlipat ganda.
_____
Ada apa: Sesuai dipakai semasa balik Mukah/Dalat.
5 komen:
RM35 guna Gildan memang berbaloi...
berbaloi baju gig rm35,ada tu jual sampai rm60..
Kain Gildan memang syok.selembut sutera
Gildan dia punya kualiti memang x dpt lwn la...Hanes ataupun Fruits Of Loom pun agak jauh
gildan ni top, baju maiden pun pakai.
Anyway design dia stand out eh kalau lagi besar lagi la pengsi, tapi cost pun naik la.
lastly, wahh 35rm, salute, tak ambik profit banyak ni.
Post a Comment