Peralatan PA system yang digunakan adalah aset Hepi Sound And Entertainment, manakala drumset, amp gitar dan bass adalah peralatan peribadi ahli kumpulan Mother Earth. Sessi jamming bermula secara rasminya sekitar 1.00 petang.
Drumset Ludwig. |
Sempat mencuba sekejap rig ringkas Micro Terror aku bersama-sama GI100 sebelum sessi bermula. Rig ni amat sesuai digunakan bersama-sama Goldie disebabkan ia mempunyai volume berasingan untuk setiap pikap (neck untuk clean, bridge untuk distortion).
Amp utama untuk sessi ini ialah Marshall MG102FX (sama seperti yang digunakan di 36 Studio) disambung ke PA system menggunakan Behringer DI20.
Cilok dari Facebook Razib. |
Mother Earth sedang beraksi. |
Gitaris utama Mother Earth dengan Les Paul Custom dan beberapa ketul stompbox. Ya, itu Gibson bukan Epiphone.
Gitaris kedua Mother Earth dengan gaya rockstar (sebenarnya sedang terkial-kial dengan setting amp). Amp Valvetronix VT40+ (my ex) digunakan sebagai monitor kerana bunyi gitar telah di-DI-kan daripada Zoom G2 ke PA system melalui Moen MO-BA (also my ex).
Pada pendapat aku, sessi jamming ni lebih kepada eksperimentasi penggunaan DI unit yang pelbagai; Behringer DI20, GI100, Moen MO-BA dan tak lupa Hartke VXL untuk bass. Kesimpulannya, jangan bimbang sekiranya amp gitar/bass anda ciput untuk main live jika anda disokong oleh PA system yang lengkap.
_____
Ada apa: Tupa blacen tu pun aku tak tau apa maksudnya...
6 komen:
Luas jugak dewan balairaya ni..kat kampung aku kecik je..takda nampak kelibat adi herman pun..
adi herman dan korawk waktu ni masih di sibu join gig sarawak metal regime
klu diorang ada baru sesuai guna moniker "metuk ulau project"
dulu-dulu masa aku budak-budak...balairaya kampung aku selalu jugak jadi studio jamming....atas kapasiti persatuan belia...
sekarang dah takder kot...budak2 sekarang mana reti jamming...baik berjoget untuk jadi K-POP...
terbaik la post dan gambo2 ni
Lepas balik dari sibu, aku pun kena demam, selsema dan batuk...maaf tak sempat ke sesi jamming ini dulu....badan dah betul2 penat masa tu
respek aktivi macam ni..
Post a Comment